Peniaga Kegemaran


Sedutan kisah aku dengan peniaga kegemaran aku di kala bergelar seorang budak kiut berbelah tengah.
.......................................................................

Pada satu hari, aku dengan tidak berselipar terus berlari menuju ke arah kenderaan yang bernyanyi tu.

Aduh!

Punya sakit kaki aku terpijak batu tajam. Habis kakiku yang pernah memenangi pertandingan "kaki paling menawan semasa basah". Itulah tidak pakai selipar.

Sebelum sempat sampai ke kenderaan tu, aku sempat menoleh belakang kerana terdengar suara manja tapi bernada sedikit radang. Aku nampak adikku melambai ke arahku. Dia memberi isyarat duit ku ketinggalan di atas kerusi yang dulunya empuk berlapik kusyen warna hijau bunga-bunga.

Staaga. 

Terpaksa aku patah balik menempuhi onak duri berbatuan ke rumah semula. Keinginanku semakin buas dek akibat kerakusan nafsu makanku memuncak. Ini semua kerana sudah lama aku tidak menjamah makanan yang diniagakan pak cik itu.

Mata aku sudah tajam merenung kenderaan seperti mahu saja menerkam kenderaan tersebut. Tetapi sebelum aku ke tempat kenderaan itu semula, aku mengenakan selipar merah yang bahagian belakangnya sudah tidak kelihatan mungkin kerana pergaduhan besar yang berlaku di antara Markus dan Diego, kucing peliharaan jiran aku. 

Tanpa berpikir panjang pendeknya, berlari terhenjut sedikit,maklumlah selipar dah tinggal separuh, lantas aku menuju ke tingkap kenderaan tersebut. Pak cik itu terkejut sehingga menumpahkan titisan busuknya peluhnya ke lantai. Pak cik yang berada dalam kenderaan itu juga kelihatan basah pada bahagian keletiak ketiaknya. Mungkin akibat tangannya yang asyik bertugas sejak tadi mengendalikan permintaan ramai terhadap jualannya.

"Pak cik, aku mahu yang RM2.50 punya ar. Yang ada putih-putih tu."

Pak cik dapat duit, aku dapat ice cream Vanilla.


Membuka selera

8 komenteraksi:

Cinoi Lavigne said... [Balas Komen]

apa tu kau kejar van ice cream??

silent screamer said... [Balas Komen]

@CinoiLavigne
iya noi..aku bubut tu van eskrim..ehehe..zaman bdk² itu la aku mkn slain dr eskrim 2pusen y berbiskal tu..hihi
s1

Kay- said... [Balas Komen]

hahaha... kenangan wehh :)

silent screamer said... [Balas Komen]

@Catherine-
a'ah rina..kngn eh..tp kklu y eskrim 2pusen bw biskal tu mam aku tia suka beli..dia ckp kutur..takut² nt org tu brenti tepi jln p kncing..pa dia pgg..nt dia pgg lg tu eskrim..
s3

MFM said... [Balas Komen]

haha...punyalah! eh, aku pernah juga cmtu..tp..

ingatkan jual eskrim, rupanya pemotong rumput daaa.. yang selalu bawa beskal tu..

semangat sudah blari dgn mmbawa 50sen duit perak itu.

Zurina J. said... [Balas Komen]

Adess... punyalaa...
yg aku ingat, aku selalu tunggu van jual kek... kerabat² bah lari dengan hon van. sedapnya kek dia tu... ndatau idup ka masi peniaga kek tu..
harap pjglah umur dia...s1

belia bangkit said... [Balas Komen]

haha...zaman dulu2 pnye cite

silent screamer said... [Balas Komen]

@belia bangkit
ehehehe..syok klu ingt blk cite dulu2 ni..ehehehe
s1

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!