Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Dapatkan Ganjaran Mudah dengan ChurpChurp


Assalamua'laikum~

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah. Ayuhlah kita meraikan dan menghayati Maulidur Rasul pada tahun ini. Semoga kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Disini, aku mahu kongsikan cara mendapatkan ganjaran dengan hanya tolong mempromosikan iklan sahaja yang dianjurkan oleh ChurpChurp. ChurpChurp ini bolehlah dikatakan sebagai adik kepada Nuffnang. 

ChurpChurp
ChurpChurp adalah projek yang dihasilkan dibawah naungan Nuffnang. ChurpChurp  merupakan platform pengiklan bagi mempromosikan dan memasarkan produk mereka. ChurpChurp merupakan perantara kepada pengiklan dengan pelanggan mereka di laman internet. Tugas Churper, panggilan ahli yang berdaftar dengan ChurpChurp, hanyalah membantu untuk mempromosikan iklan tersebut. Maklumat lanjut, disini.


Bagaimana Caranya
1. Sudah pasti anda perlu mendaftar dengan ChurpChurp dahulu. Daftar disini.

2. Setelah selesai mendaftar, anda akan diberikan kempen-kempen daripada pengiklan. Anda hanya perlu memilih kempen yang anda berminat untuk promosikan.

3. Setelah memilih kempen-kempen tersebut, anda bolehlah mula mempromosikan link iklan tersebut.

ChurpChurp akan menyediakan jumlah ganjaran yang mahu diberikan kepada Churper. Setiap iklan yang dipromosikan mempunyai nilai harga tertentu mengikut nilai yang ditetapkan. Iklan tersebut juga mempunyai jangka masa tertentu. Jadi, Churper kenalah rajin mempromosikan untuk mendapat ganjaran yang masyuk.
Contoh : Jumlah ganjaran RM1000.00. Setiap kali link promosi anda di-klik anda akan mendapat RM0.20 atau apa-apa nilai yang ditentukan oleh pengiklan sehingga habis RM1000.00.

4. Anda boleh mempromosikan link iklan anda dengan apa sahaja cara termasuklah melalui Facebook, Twitter, Friendster, MSN, blog, ataupun pada mana-mana laman sosial.


Penafian
Untuk mendapatkan ganjaran melalui ChurpChurp, anda mestilah mengikuti peraturan dan garis panduan. Samalah seperti main bola. Hanya kaki dibenarkan tanpa melibatkan tangan.

Dalam ChurpChurp, antara penafian yang perlu dielakkan ialah :

1. Spam. Elakkan daripada melakukan promosi secara spam.

2. Click Ad Fraud. Klik sendiri iklan.

3. Meletakkan iklan pada website yang mempunyai unsur lucah.

4. Lain-lain. Baca disini.

Mudah bukan? Walaupun mudah, tapi kita kenalah berusaha. Bukan usaha yang sekadar-sekadar sahaja. Tapi berusaha dengan tekun. Tanpa usaha, apa pun tidak akan berjaya.

Daftar dengan ChurpChurp segera.



Sekian. Diharapkan info ini memberi manfaat. 

~Aku pencinta Keroncong

6 komenteraksi:

tomato said... [Balas Komen]

nak buat r chup2..huu

Zurina J. said... [Balas Komen]

s8
aku mau minta belanja lah nanti....ahahaha

nelly said... [Balas Komen]

hehe .tak pakai lagi .nanti kot .
=)

nice info .

Alfian J. said... [Balas Komen]

@nelly
nelly..sng jak tu..daftar jak..pastu pormosikan iklan ChurpChurp..pastu dpt la upah..ehehe s1

samizul.net said... [Balas Komen]

Mantaplah review, ehe3.. Amacam, Churp2 lagi senang untuk Blogger yang ada kureng dengan Nuffnang kan.. Nuffnang klu trafik tinggi, baru ada peluang BE.. s5

Alfian J. said... [Balas Komen]

@samizul.net
iya tau sam..lg sng..apa aku nda ckp sng..skg pun aku da dpt rm200..
s2

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!