Assalamu'alaikum..!
Pada suatu hari yang indah. Aku dan kakanda ke Kokin untuk menyelesaikan suatu permasalahan. Dipendekkan cerita, kami kena membuka satu akaun bank. Nama bank tu rahsia. Aku bukan tak mahu bagitahu, cuma di sini aku mahu puji sikit tentang kebaikan bank tersebut. So tak bolehlah aku sebut namanya kan.
Seperti bank-bank lain, keadaan di bank tersebut agak sesak. Ramai pengunjung. Tapi pengunjungnya lain sikit dariku. Stafnya pun lain sikit dariku. Betis putih gebunya buat halkum pakcik umur 60-an di sebelahku balik-balik bergerak. Sampai tak perasan aku ada di sebelahnya.
Setibanya kami di kaunter pertama, seorang wanita menyambut kami dengan mesranya. Mendabik dada. Macam mahu saja aku tampar mukanya. Aku tahulah kulit kami sedikit gelap dan kasar berbanding kau, tapi tak perlulah senyum selebar itu. Aku rasa bersalah menerima senyumanmu yang sangat manis dan ikhlas itu.
Seterusnya ke kaunter yang kedua. Stailnya lebih kurang saja. Sangat peramah dan baik hati. Sangat mudah senyum. Lagi-lagi dengan orang sedikit gelap macam kami ni. Senangnya hatiku dilayan seperti itu. Diorang sangat baik hati dan memahami. Bila ditanya, diorang jawab dengan lemah lembut. Jawapan yang diberikan pun sangat bernas. Sampai aku tak faham, sebab diorang pinjam bahasa luar negara. Entah? Pendek kali lidahnya mahu guna Bahasa Melayu.
Setelah beberapa ketika berada di sana, akhirnya siap juga urusan kami. Keluar saja dari bank itu, aku terus meluahkan perasaan gembiraku kepada kakandaku. Rupanya kakandaku merasakan perasaan yang sama. Perkhidmatan bank itu memang perlu dihebahkan. Supaya semakin ramai yang pergi berkunjung. Dengan layanan stafnya yang sangat lemah lembut dan baik hati itu dan kadang-kadang berlagak seperti pengurus bank, rugi rasanya kalau orang lain tak rasa apa yang kami rasa.
Apapa pun, kami harap semoga bank ni cepat-cepat bankrap. Opps, tersilap. Semoga cepat-cepat bungkus. Opps, silap lagi. Semoga success ya. Aku saja mahu bagitahu. Lepas saja urusanku berakhir dengan bank ini, aku akan terminate akaunku. Opps, terlebih sudah. Mesti kalian tertanya-tanya kan? Bank apa yang baik sangat ni? Mari aku bagi klue lah. Tiga huruf. Carilah sendiri. Ehehe.
p/s Macam stress? Memang stress. Mau lawan? Ahaha.
Bicara @
12 komenteraksi:
RHB bank terbaik...!!! kahkahakah
@adan
terbaik? mcm haram adalah..ahahaha
@adan terbaikmu lah? kalau ada byk duit, suda aku beli tu bank! ahahahaha.
@Alfian J. ahaha..bungkus! trus buang laut. erk? mcm kejam betul pulak.. ahah.
hoho..punyalah..aku nda paam ni..sebenarnya, tu staf bank ok ka @ x?
@MFM, ko ni buzz.. Benda senang punya pun nda faham.. Aisehmen... Stafnya bikin panas! opps... Mungkin okay bg org lain, tp bgku & kakandaku nda okay.. ihih.
owh..bgtu pl..
tp..
cantik ka juga staf2nya?hoho
@MFM yg kaunter 1 santik. yg kaunter 2 nda santik..
tp aku nasihat nda payahlah ko mgurat dia..nanti dibaginya ko syuman plg manis. silap² diludah lg..ahah.
better kta pi bakar seja tu bank...
sgt bida layanannya ah... ish3...
@jaid :
pny rasis sna tu..ms lyn kmi mcm hampeh..skali aku tgk dia lyn satu bgsa ngan dia..pny dia mesra..snyum lg..dia tu just customer servis..lynn tu mst mesra..aku tau la..dia dpt keja sna pun pkai spm jak ba..tp ego dia, mcm s**l an*ing..ahahaha..
@Zydande, naa.. ko tinguk c Alfian tu Jaid.. marah bana dia sama prumpuan tu...ahahah. Jgn pigi sana ya...biar bankrap..opps. ihihih.
kehkeh..nnt ko simpan d HPB ja laa aa ju..hikmah punya bank..paling bagus tu..
@HK
kah²...hikmah jg lah penyelamat...
s1
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!