Assalamu’alaikum..!
Minggu ni merupakan minggu akhir drama Tiramisu slot Akasia TV3. Jam 7 hingga 8 malam. Slot ni memang slot kegemaranku. Sambil-sambil lipat kain {uiseh macam rajin. Patutnya aku tulung bondaku siapkan makan malam}, aku hidangkan mata dan mindaku dengan cerita melayu. Sebenarnya aku memang peminat drama melayu. Lagi-lagi drama arahan Khabir Bhatia.
Cerita Tiramisu ni boleh aku kategorikan dalam "boleh-bolehlah". Kalau ketinggalan beberapa episod pun aku tak kisah sangat. Macam lebih kepada cinta dunia semata-mata dan kadang tak masuk akal. Mustahil terjadi dalam hidupku, so susah aku bayangkan diriku jadi watak utama.
Berbalik pada cerita. Minggu-minggu akhir ni, banyak pula ayat-ayat cinta yang keluar. Salah satu yang aku dapat tangkap ialah ungkapan yang dikatakan oleh pakcik Sam, bapa kepada Melur. Katanya:
"Cinta itu ibarat hantu. Ramai yang bercerita tentangnya. Tetapi hanya segelintir yang bertemu"
Wah! Apakah drama yang aku layan ni? Aku tak percaya hantu, jadi maknanya aku tak percaya cinta? Aisehmen... Janganlah macam tu. Aku ada definisi tersendiri tentang cinta, iaitu:
"Cinta itu ibarat gula. Bisa menjadikan minuman jadi manis dan sedap. Tetapi jika terlebih, bisa buat kencing manis dan dipotong kaki"
p/s : cinta utama tetap cinta kepada Pencipta
Drama @
14 komenteraksi:
subhanallah..indah sungguh. kehkehkeh. diabetisgebu.
aku biasa minum air mati seja..
patut la blm bertemu cinta..alalaaa..
@PecahKata, apa kaitan sama diabetisgebu.. gua memang hairan sama lu..
@MFM, aku doakan ko akan bertemu cintamu suatu hari nanti.. Sabar jak ya...:)
Betul la tu.... Cinta memang ibarat hantu...
@LennMommaChubby, ahaks. Hantu pun hantulah kan... semoga bertemu hantu tu ya...:P
wakaka..x sempat tengok ni semalam episod akhir...hehehe
@beaty, endingnya happy ending... melur kawin sama dani... ihihih.
Wah tiramisu! dah hbis ka rupanya? ala..xtertengok pula.. aku xpernah miss xtengok ni.. haha..
aku tak percaya cinta bak kata liyana jasmay :P
@Aretikz, kalau terlepas still boleh tengok ulangan di tonton.com.my bah...ihihi.. sialakn menontonya...:)
@~sii keciq, percayalah...... {mcm siti nurhalija} ahaks.
Nda pernah tengok cerita ni [sebab ngadap laptop ja tiap jam :p].. Tapi hantu, tippoo lah kalau aku nda pernah, hua2.. Tu Bukit Maharaja dekat Lantigi tu, kampung jin/bunian tu, ehe3.. x)
@samizul.net, aku pernah dengar... hanya hantu yg pernah nampak hantu... kau jumpa maknanya kau nampak la tu kan... ahaha.
s6
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!