Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Ini Jodoh, Bodoh (by Wani Ardi)


Ok hari ini
aku nak share something
orang kata sharing is caring betul?.....

jadi, sambil-sambil
punggung anda berlabuh
di kerusi malas itu

Apa kata renung-renungkan ini
selamat beramal!

..................................................

Kau memang lucu.

Kau pasti- manusia yang bertahun-tahun kau kasih ini akan jadi milik kau?

Kau pasti- manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?

Kau pasti- manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini akan jadi milik kau?

Jangan jenaka.

Kau ikat dia- kau fikir dia apa?
Anjing?
Objek?

Kau ikat dia- kau fikir kau siapa?
Ibu bapa?
Tuhan?

Kau ikat dia- kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-dua asalnya satu, tanah.

Entah-entah itu- manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih

Entah-entah itu-kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang

Entah-entah itu- lelaki yang beristeri (atau janda, jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikah

Ini jodoh, bodoh
Bukan alat kawalan jauh

Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan, Dia

Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya, kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?

Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari

Bukan nyawa
Buka hati


Nota: Di forward daripada Seorang blogger wati yg aku gilai.

6 komenteraksi:

Zurina J. said... [Balas Komen]

Alex Kamato... Saya suka...:)
<-- mula menggilai blogger wati bernama Wani Ardi...

AQuezyeZye said... [Balas Komen]

wow....santiki dulu!

Catherine- said... [Balas Komen]

sangat meaningful :)

jodoh itu kuasa DIA.

diam2 sudah...

fadh leyanie said... [Balas Komen]

wow..gempak2

cikida said... [Balas Komen]

wahh,,syok je bace dri awl smpi abes...nice !..=) btol 2..ade mkne tersirat..hehe

Anonymous said... [Balas Komen]

wow, otak korang x boleh nak membangun langsung.. perlukh bina sajak yg mcm ni? maksud sajaknya sampai, tp sjak ni sebrnya x penting pun.. sajak ni x mungkin dapat ubah apa2.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!