Sonata Taman Hati


Hari berlalu indah belaka
ikut rentak alam semesta
tanpa dirancang tanpa diduga
suatu pertemuan tak disangka-sangka
tak pernah kenal tak pernah jumpa
dia berkata dia bertanya
aku malu sebenarnya
siapa tahu hati berbunga-bunga
sesekali mata bertentang mata
bagai terkena kejutan elektrik terasa
berderau darah naik ke kepala
alih pandangan pura-pura
indah rasa memang suka
mahu tapi malu masih ada
tak sampai sehari cuma
rasa dekat rasa mesra
tak diam duduk di rumah
pejam mata pun tak lena
kepala gatal tak kena mengena
oh mengapa & kenapa?
adakah aku jatuh cinta?


~ cinta, love, pyaar, ai, amour, mahal, liefde... ~


Nota: ini bukan jiwang
 


3 komenteraksi:

Nieya said... [Balas Komen]

haha...jiwang karat dh ko ne syg...tp i suka pla bca..hehe...truskan usha jiwang ya..hehe...

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Nieya. Ahaha... Mjangkit jiwangmu ni syg. Sekali sekali ndapa bah bjiwang² sket.. Iya akan diteruskan usaha bjiwang² ni...:D

c3kz h!kmAh said... [Balas Komen]

uiyooo..betagar2 g jiwangnya ni..haha

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!