Bila Ketiak Berasap


Ketiak berasap?
Bukan asap, asam...
Hahaha...

Masalah ketiak berbau memang masalah yang biasa kita dengar. Ada yang cakap dari pemakanan, ada yang cakap dari kebersihan. Ada yang cakap orang gumuk mesti bau ketiak, tapi aku lalu sebelah orang kurus macam lidi baunya lagi mantap (Fuhh mau mati aku, nasib-nasib ja tak mati!). Kesian & sedih juga pada pesakit-pesakit ketiak berbau ni kan. So aku mau kongsikan beberapa petua untuk merawat penyakit ni. Check it out!!



  1. Petua dari moyangku. Katanya mula-mula duduk mencangkung, ludah lutut, lepas tu geselkan ketiak pada lutut yang sudah diludah. Fakta saintifiknya aku kurang pasti. Tapi pasti ada punya.

  2. Petua dari bondaku. Katanya ambil buah dari jenis citrus (e.g. limau kasturi, limau nipis & apa-apa adik beradik citruslah. Potong belah dua, lepas tu kenakan pada ketiak anda. Sebelah ketiak kanan, sebelah ketiak kiri. Yang ni pun pasti ada fakta saintifik. Yang aku taulah, buah-buahan citrus kan selalu jadi bahan aromaterapi & penyegar. Jadi ini merupakan rawatan secara tradisional untuk mewangi & menyegarkan ketiak anda.

  3. Petua dariku. Senang ja. Gunalah deodoran. Tapi... Kena pilihlah deodoran yang betul. Ada stick & roll-on. Kalau aku, aku suka guna yang stick, sebab yang roll-on akan membuatkan baju di bahagian ketiak menjadi keras. Cuci beratus kali pun tetap akan keras, silap-silap berlubang lagi (bagi yang ada pengalaman pasti tahu). Sebenarnya penggunaan deodoran ni tak digalakkan sangat selepas bercukur. Sebab lepas bercukur mungkin ada luka kecil di bahagian ketiak (sebab lembut kan). Jadi bila terus guna deodoran, mungkin akan menyebabkan bahan-bahan kimia masuk ke dalam luka. Ini bahaya kepada kaum hawa sebab kebarangkalian untuk mendapat barah payudara akan jadi lebih tinggi. So bagi chancelah lebih kurang 48 jam untuk luka itu sembuh baru guna deodoran. Tips untuk orang yang bekerja, bercukurlah pada hujung minggu, duduk rumah tak payah pakai deodoran. Kalau ketiak berasap pun, kucing atau other pets kita ja yang hidu.

~ contoh deodoran ~

p/s: ketiak juga popular dengan panggilan kape'.


Gelak @

2 komenteraksi:

D'China Store said... [Balas Komen]

aku lebih selesa guna deo jenis spray..huhu

Zurina J. said... [Balas Komen]

Kalau ada kawan-kawan anda yang mengalami masalah ini & anda segan untuk bagitau, anda boleh menghadiahkan deodoran kepadanya sebagai hadiah hari jadinya. Jangan lupa untuk variasikan hadiah dengan keropok-keropok atau snek kegemarannya. Ehehe...

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!