Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Fakta Cili


Diantara berikut, yang manakah akan menghilangkan rasa pedas akibat memakan cili dengan lebih pantas?

a) Air biasa

b) Minuman yogurt

c) Minuman bergas

Untuk jawapan & penerangan, teruskan membaca...
 
Jawapan: b) Minuman yogurt

Penerangan: Di dalam lada, terdapat suatu bahan yang dipanggil "capsaicin" yang mana tidak larut di dalam cecair, tetapi larut di dalam lemak. Kandungan capsaicin di dalam cili memberi rasa pedas pada cili tersebut. Apabila kita memakan lada, bahan tersebut akan melekat pada lidah. Oleh itu, apabila kita meminum air biasa atau minuman bergas, ia tidak dapat melarutkan bahan tersebut. Manakala, jika kita meminum minuman berlemak seperti yogurt atau susu, ia akan menyebabkan bahan yang berada pada lidah tersebut larut & turun bersama-sama minuman tadi. Kalau tak percaya boleh try sendiri di rumah. Selamat berjaya.


p/s: Ehehe, aku belajar dari rancangan terbaru Clever {TVIQ}.

Info @

2 komenteraksi:

ayu said... [Balas Komen]

wahhh..nk cbe la..
sje2 nk mkn cili..pas 2 mnum susu..hahahha..gedikk

Alfian Jamjin said... [Balas Komen]

@ayu hehe..silalah cuba..ilmu ni..ajar anak² k...keh²

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!