Clever {TVIQ}


Rancangan Clever merupakan rancangan kuiz tv terbaru yang disiarkan di Astro ch610. Dalam banyak-banyak rancangan hiburan yang astro siarkan, aku paling suka & sokong rancangan menguji minda yang macam ni, berbanding 'Jangan lupa lirik'. Sorrylah ya, tapi aku rasa ia tidak membawa banyak faedah & tidak menambah pengetahuan melainkan hiburan semata-mata. Tapi berbeza dengan rancangan Clever ni, yang mana ia lebih mengarah kepada pengetahuan sains dan diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Memang menambah pengetahuan sangat. Aku ni walaupun belajar dalam bidang sains tulen sejak tingkatan 4 dulu, masih terlalu banyak teori yang aku tidak tahu macamana, mahu kaitkan dengan kehidupan sebenar.



Sesuai sangat ditonton seisi keluarga. Terutama kanak-kanak yang berada di sekolah rendah. Kita sebagai penjaga anak-anak kita haruslah peka & sepatutnya punya kesedaran didalam memilih saluran yang sesuai untuk anak-anak kita. Biar anak-anak ni berkebolehan berfikir tentang apa saja yang dilihatnya & mencari sebabnya yang logik & munasabah. Macam sekarang ni, budak-budak umur seawal 5 tahun lebih tahu & hafal tajuk & lirik lagu. Tapi bila ditanya 5+5+5 sudah bingung. Haish, buat aku emosi pula.


~ehsan google~


p/s: Meluntur buluh biarlah dari rebungnya...


Tonton @

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!