Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Drama Chinta {Slot Akasia TV3}


Drama Chinta merupakan sebuah drama menarik yang sedang ditayangkan di TV3 (Siaran TV kegemaranku, sorry Astro...) Semuanya ada 28 episod. Drama ini mempunyai jalan cerita yang baik bagi aku, yang menggandingkan beberapa pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor, Zarynn Min, Dato' Rahim Razali, Aida Radzwil & ramai lagi. Banyak konflik masa kini berlaku menyebabkan aku kadang-kadang berat hati melepaskan drama ni. Sempat lagi bertelagah & bertekak dengan adindaku yang mahu menonton drama Indonesia "Cinta Kirana". Apa burung? Sokonglah drama Malaysia, Malaysia Boleh!!!


Di antara konflik & persoalan yang terdapat dalam drama ini ialah :

  1. Didikan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Adakah sama didikan yang perlu diberikan kepada anak perempuan & anak lelaki?
  2. Kerakusan nafsu seorang lelaki, syaitan yang bertopengkan manusia. Sehingga seorang abang sanggup memperkosa adik kandungnya. Pak Haji sanggup membeli maruah seorang gadis dengan wang ringgit? Memang dunia dah nak kiamat bagai.
  3. Seorang muslim yang tahu hukum hakam agama, tetapi tetap melakukan dosa. Kerana tidak redha dengan takdir yang menimpa dirinya, lalu menyalahkan Sang Pencipta.
  4. Tunang tersayang yang bakal menjadi suami mati dibunuh di hari pernikahan.
  5. Ditemukan pula dengan seorang insan yang seiras dengan arwah tunang yang meninggal dunia. Kalau dulu tunangnya seorang bodyguard, kini insan seiras ialah seorang ustaz.
  6. Taubat seorang hamba yang menumpang di dunia yang fana. Datang kita dariNya, kembali kita kepadaNya jua.
So, apa lagi? Marilah sama-sama menonton. Ada tinggal 2 hari lagi sebelum episod berakhir.


p/s: Dalam banyak-banyak konflik aku paling suka yang no.5. Aku mula berharap seseorang yang mirip wajah kekasih lama. Ehehe...


Drama @

9 komenteraksi:

eiela said... [Balas Komen]

tak tengok pun cerita nih. Tak suka Fasha sanda, seksa.

amare amor said... [Balas Komen]

aku tengok drama ni.
sebab, aku suka pulak tgk muka fake fasha sandha tuh.
ya allah, jahat nya akuuu

Alfian Jamjin said... [Balas Komen]

@eiela, seksa ka..keh²..aku pun kurg minat gak..

@amare, aduh..diorang d rumah ni..btekak lg mau tukar² ch ngan cinta kirana tu..adei..:)

c3kz h!kmAh said... [Balas Komen]

hadess..kalo d rumah kgau,konpem anak buah ku darjah dua bersama kuncu2nya mau tgk cinta kirana.. tapi mmg aku nda brapa layan jua crita ni..hihi..

tp kan zu..ini bah..
"Dalam banyak-banyak konflik aku paling suka yang no.5. Aku mula berharap seseorang yang mirip wajah kekasih lama. Ehehe..."

haha..matai..hihi..

c3kz h!kmAh said... [Balas Komen]

hadess..kalo d rumah kgau,konpem anak buah ku darjah dua bersama kuncu2nya mau tgk cinta kirana.. tapi mmg aku nda brapa layan jua crita ni..hihi..

tp kan zu..ini bah..
"Dalam banyak-banyak konflik aku paling suka yang no.5. Aku mula berharap seseorang yang mirip wajah kekasih lama. Ehehe..."

haha..matai..hihi..

c3kz h!kmAh said... [Balas Komen]

hadess..kalo d rumah kgau,konpem anak buah ku darjah dua bersama kuncu2nya mau tgk cinta kirana.. tapi mmg aku nda brapa layan jua crita ni..hihi..

tp kan zu..ini bah..
"Dalam banyak-banyak konflik aku paling suka yang no.5. Aku mula berharap seseorang yang mirip wajah kekasih lama. Ehehe..."

haha..matai..hihi..

Dev Clarehova said... [Balas Komen]

owh...ini ^_^ hari tu ada sa tgk sikit. hehehehe....

Zurina Jamjin said... [Balas Komen]

@Hik, ahaha nakal owh ko ni Hik..adei..ada² jak.. cinta kirana? kiran cinta?

Zurina Jamjin said... [Balas Komen]

Eiela, Amare, Dev..
Sbnrnya aku tak lah minta Fasha Sandha, tp aku suka dgn lakonnya..mmg seorg plkon yg berbakat...ehehe

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!