Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Berebut Salam


Assalamualaikum!

Memberi salam tu bermaksud mendoakan kesejahteraan ke atas orang yang ditujukan salam. Tapi aku tengok zaman sekarang, orang tidak memulakan pertemuan dengan memberi salam {kadang aku pun sama}.

Jika diambil kisah Rasulullah s.a.w,  beliau tidak pernah menjawab salam dari para sahabat. Sebaliknya beliau akan memulakan segala salam kepada para sahabat.

Berdasarkan kisah tersebut, pernah seorang sahabat Nabi ingin memberi salam kepada Nabi. Dia pun datang secara perlahan dan bersembunyi. Datangnya dari arah belakang. Tujuannya untuk memberi salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setelah sahabat telah hampir kepada Nabi untuk memberi salam, lalu Nabi pun menoleh ke belakang dan berkata, "Assalamualaikum". Tidak sempat sahabat memberi salam, Nabi sudahpun terlebih dahulu memberi salam kepada sahabat.



Begitulah keutamaan salam bagi kita semua. Kalau boleh, kita yang mendahului salam. Contohi ikon kita Nabi Muhammad s.a.w.


p/s : ikon zaman sekarang?

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!