Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Petisyen Mansuhkan Wang Hantaran


Assalamu'alaikum, salam mesra...

Petang ini, sebelum mandi, aku sempat dengar sebuah tazkirah di radio. Tentang perkahwinan & pembaziran. Sikap manusia-manusia sekarang yang suka meniru-niru orang lain & ingin menjadi orang lain. Inginkan sebuah majlis perkahwinan yang gah, mahal-mahal, padahal tidak mampu. 

Lepas mandi aku asyik terfikir-fikir perkara ini. Betul! Masyarakat sekarang {Malaysia khususnya}, tiada RM10 000 tidak boleh kahwin, untuk belanja walimah kononnya, menjamu para tetamu. Menurut ustaz itu lagi, yang wajib itu nikah, walimah itu hanya sunat. Sunat atau sunnah, seperti yang kita semua maklum membawa maksud buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa-apa, hatta dosa. Jadi, buatlah semampu-mampunya & ala kadar saja. Sekadar menjamu tetamu dengan kuih-muih & air teh pun boleh kalau setakat itu kemampuan kita. 

Baru-baru ini di majlis pertunangan keluarga, ada juga aku bisik-bisik pada mama "Ma, berapa RM hantaranku nanti?"  Mama tidak tahu mahu jawab apa, tiada pengalaman kan. "Tanya dioranglah", kata mama. Diorang? Diorang tu siapa? Makcik-makcik & orang kampung. Alahai, kenapa mesti diorang yang putuskan suatu keputusan untuk aku? Kalau dah namanya orang kampung, tiada RM10 000 memang tak bolehlah kahwin. RM10 000 tu nilai yang paling minimum, belum lagi yang ada diploma, ijazah, master. Tidak hairanlah kenapa ramai wanita berpendidikan tinggi masih membujang. Sebab lelaki takut untuk masuk meminang, gara-gara wang hantaran yang mahal. Tidak hairan jugalah kenapa ramai pasangan lari berkahwin di Siam, tidak payah wang hantaran & majlis yang besar-besaran. Mudah. 

RM10 000 bukan suatu nilai yang kecil. Dengan keperluan yang mendesak sekarang ni, mungkin RM2000 pun perlu 2 tahun untuk dikumpul. Maksudnya RM10 000 10 tahun. Mahu cepat terpaksa buat pinjaman bank. Ini lagilah ngeri. Buat pinjaman berpuluh ribu hanya untuk 'majlis satu hari', hanya untuk memuaskan hati orang. Itu lucu & tak masuk akal sungguh. Jauh terpesong dari tuntutan perkahwinan dalam Islam. Bukankah perkahwinan itu suatu perkara yang mulia, yang patut dibantu untuk dimudahkan? Tapi, masyarakat suka membebankan & menyusahkan. Lambat kahwin dipersoalkan, buat sederhana diumpat-umpat pula. Pelik, memang pelik. 

Aku sekadar menyuarakan, sebagai seorang yang bakal berkahwin. Boleh tak minta kerajaan mansuhkan wang hantaran yang membebankan & buat sekadar ikut kemampuan? Kalau ada yang membantah, akan dipenjarakan. Rasa-rasanya ramai tak yang sokong kalau aku buat petisyen macam ni? Kehkehkeh.


Nota: bersederhana di dalam sunnah adalah jauh lebih baik berbanding bermegah-megahan di dalam kemungkaran.

Kongsikan artikel ni supaya lebih banyak dan ramai masyarakat kita sedar akan kepentingan agama didahulukan melebihi kepentingan adat dan lain-lain. Kongsi, copy, sebarkan - kreditkan saja blog ini ya. :D

Pautan berkaitan:
- Datuk Nik Aziz Nik Mat : 'Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin'

7 komenteraksi:

Alfian J. said... [Balas Komen]

Saya setuju 200% kata-katamu. Aku berani saja buat benda disebut di atas, tidak menjadi masalah padaku. :)

Ella Zila said... [Balas Komen]

ui zurina, kahwin aq nanti aq wat ala kadar ja, tetamu org2 terdekat ja... lagi jimat~ haha~ nanti byk sket duit pegi honeymoon~ ahaha~

Fadzmie Mohamad said... [Balas Komen]

Kenapa minta sama kerajaan? Bukan kerajaan yang setup kan peraturan begitu. Tu dari mentaliti rakyat kita bah tu. Hehe.

Bila ada yang kahwin ala-ala simple, mulut masyarakat kita ni lain puaka dia. Ada la tu yang akan cakap yang orang itu tidak mampu la, kedekut la, mahu kahwin senyap-senyap la, itu la ini la.

Boleh ja kalau mau buat mana yang wajib saja. Memang itu yang sebagusnya. Tapi faham-faham lah kalau hidup bermasyarakat ni. Benda yang sepatutnya mudah pun disusahkan. Kan?

Alfian J. said... [Balas Komen]

@Fadzmie Mohamad
Mesti la minta sama kerajaan, pihak berwajib. Drg ni memimpintadbir negara termasuk dalam soal agama. hehe

Pihak y bkuasa ni y lyk utk mberikan elaun perkahwinan atas dasar mpmudahkan dalam Islam. Macam semasa zmn pemerintahan Muammar Gaddafi, ada mnyediakan elaun kpd psgn yg ingin berkahwin. [Rujukan]

Pae said... [Balas Komen]

Aku yg ingin mencari bakal isteri, haraplah isteri nda bagi tetapan hantaran yg melebihi 3 angka. kekekekeke.

NaNa said... [Balas Komen]

For me.. tidak mengiya dan tidak jga menidakkan.. mcm sy yg bru berkahwin..sememangnya kalau nak tunggu kumpul duit sendiri memang tak cukup.. nak tak nak perlu loan hanya untuk menampung perbelanjaan kenduri yang asas seperti makan dan keperluan barang hantaran. majlis kami sangat simple dan wang hantaran tidak ditetapkan..cukup sekadar lepas belanja untuk kenduri makan pada hari tersebut. selebihnya apa yang boleh buat sendiri, buat sendiri. Nak mansuhkan totally memang susah sebab semua pun pakai duit zaman skarang ni. yer tak? apapun tak perlu lah perabis duit utk knduri gah semua tu.. yg penting bahagia, tak lah terikat dgn bebanan hutg yg byk sbb duit itu sgt byk d perlukan slepas berkahwen.

Cody@Farid said... [Balas Komen]

Zu ko mau khawin suda???...suksess yaa kawan:) , basic jaaa baa kalau suda nda tahan.. "sudi ka encik nikahi saya..?!" ombak rindu..;) hehehe... - pada saya benda begini..do the basic thing jaaa... Tapi ke22 pihak kena kerjasama laah.. Walaupun dsebut brapa tapi kena faham juga la kan..understanding..most important..majlis kenduri..mungkin secara sederhana..pun ok! Especially bab2 kenduri ne kawan...family support kena ada.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!