Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang.
Entri hari ini tidak seperti sebelum ini. Kali ini aku ingin membuat ulasan tentang beberapa buah buku yang aku baca dalam masa terdekat ini. Jarang-jarang aku membuat ulasan tentang buku-buku yang aku baca, tapi tiba-tiba rasa tergerak hati untuk berkongsi bahan bacaan yang aku kira sangat bermanfaat untuk dikongsi. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua ya.
Disebabkan jarang-jarang membuat ulasan tentang buku, jadi aku tidak tahu sangat bagaimana untuk membuat ulasan dengan baik. Apa-apa pun, aku akan cuba buat yang terbaik. Aku mulakan ya.
1. Haruman Puisi Cinta
Penulis: Ahmad fedtri Yahya
Penerbit: Yamani Angle Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat: 88 halaman
Rating: 9.5/10
Catatan: Buku ini merupakan kompilasi puisi-puisi cinta. Bersandarkan Al-Quran & Hadits, bahasa-bahasa yang indah disusun & diatur dengan cantik, hingga sampai ke hati pembaca. Bukan hanya sesuai untuk golongan remaja, tetapi sesuai untuk bacaan anak-anak kecil. Intipati utamanya adalah "cinta", yang mana nilainya sangat dekat dengan hati-hati manusia. Pada aku yang meminati sajak & puisi, buku ini merupakan suatu khazanah yang sangat bernilai untuk dijadikan bahan bacaan seisi keluarga. Sekadar tambahan: Topik yang sangat merisaukan untuk generasi masa kini {terutama golongan
remaja}, yang sangat gemar menggunakan perkataan kesat, sekalipun
memuji. Contohnya "Cun giler, handsome doh, cantik gila babi!" Bahasa yang
sepatutnya indah menjadi tidak enak didengar. Kata-kata melambangkan
peribadi seseorang. Kata-kata yang baik membentuk peribadi yang baik,
kerana kata-kata itu juga doa. Harap kita lebih berhati-hati ya. Lazimkan anak-anak di rumah untuk hanya menyebut perkataan yang baik-baik & 'haramkan' perkataan-perkataan kesat.
2. Agenda Yahudi Menakluk Dunia {Rahsia di Sebalik Rahsia}
Penulis: Sabaruddin Hussein
Penerbit: PTS Islamika
Bilangan muka surat: 213 halaman
Rating: 9/10
Catatan: Buku ini pula mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Intipatinya sangat menarik & mungkin agak mengejutkan pembaca yang sebelum ini tidak ambil tahu siapakah bangsa Yahudi yang sebenar. Penulis telah membuat kajian-kajian teperinci ke atas fakta-fakta sejarah & mengolahnya menjadi bahan bacaan yang lebih mudah difahami umum. Aku pernah muatnaik gambar buku ini di laman muka bukuku, alhamdulillah ramai juga yang sudah membacanya. Semoga sama-sama mendapat ilmunya. Mengetahui sesuatu kebaikan itu tidaklah memadai selagi tidak melakukan kebaikan.
3. Art of Deception {Mereka Menipu Dunia}
Penulis: Jerry D. Gray
Penerbit: PTS Islamika
Bilangan muka surat: 310 halaman
Rating: 9.5/10
Catatan: Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini, dalam 2 minggu juga rasanya. Intipatinya padat dengan info & fakta-fakta berguna. Sebelum ini aku memang ada sedikit sebanyak mengkaji tentang teori konspirasi Tetapi terdapat beberapa fakta baru yang tercatat di dalam buku ini, contohnya membuat bencana alam. Musuh Islam {yakni Dajjal} berkebolehan untuk membuat bencana alam!! Aku sedikit terkesima dengan apa yang aku baca, kerana aku dulunya sangat takut pada bencana alam. Dengan penerangan fakta-fakta oleh penulis, alhamdulillah ia merupakan ilmu yang sangat berguna kepadaku. Mereka berlagak seolah merekalah Tuhan! Semoga dengan bertambahnya pengetahuan kita tentang perancangan mereka, umat Islam kesemuanya akan bersatu mengalahkan musuh-musuh Islam. Sekali lagi, buku ini aku kira memang sangat bermanfaat untuk dimiliki. Sebuah buku untuk sebuah rumah. Bukan disimpan menjadi perhiasan, tetapi dibaca & ilmunya diamalkan. Semoga menjadi pedoman & asbab melimpahnya rahmat & kasih sayang Allah pada keluarga kita. Sekadar tambahan: Di dalam buku ini juga penulis ada mengupas tentang institusi kekeluargaan umat Islam, yang kian lama kian luntur. Bolehlah aku analogikan dengan situasi anak-anak remaja yang sedang mencari identiti diri. Dengan kawan-kawan sebaya, anak remaja ini kelihatan sangat aktif, gembira, senang hati. Padahal di rumah, dengan adik-beradik sendiri langsung tidak bertegur sapa, siap tarik muka lagi. Beda dengan apa yang diajar dalam Islam. Ya Allah, semoga kita semua dijauhkan dari perkara tidak baik ini. "Saya sayang keluarga saya!!"
4. Aku Terima Nikahnya
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat: 227 halaman
Rating: 9/10
Catatan: Ini bukan novel, tetapi merupakan rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan rumah tangga. Aku boleh istilahkan ia seperti sebuah diari ringkas kehidupan penulis di dalam melayari bahtera rumah tangga bersama isteri & anak-anak. Penulis cuba menerangkan kepentingan konsep "memberi" di dalam sebuah perkahwinan & bukan sering meminta-minta serta menagih-nagih hak seorang suami atau seorang isteri. Penulis juga menekankan tentang pentingnya persediaan yang mencukupi untuk membina bahtera rumah tangga. Jangan terlalu terburu-buru, jangan juga terlalu berlengah-lengah. Kalau mahu berkahwin hanya untuk menghalalkan yang haram, tetapi dari segi kesediaan menjadi Kapten yang bertanggungjawab {bagi lelaki} & seorang pembantu kapten yang setia {bagi wanita} belum mencukupi, maka janganlah terburu-buru nafsu. Isinya sangat menarik. Walaupun apa yang dialami oleh penulis mungkin tidak sama dengan apa yang dialami oleh setiap individu, tetapi ia masih boleh menjadi bahan rujukan yang baik. Buku ini hadiah dari teman, Adi namanya. Aku tak pernah berkenalan secara berdepan dengan dia. Cuma kenal lewat buku. Terima kasih atas bukunya ya Di.
Wah! Panjang sungguh. Semoga bermanfaat...:)
Nota: tak ada nota mahu selit hari ini. Aku cuma rindu mahu menulis di buku biru..:")
1 komenteraksi:
lompat si katak lompat
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!