Pemburuan Slenderman Menyeramkan


Berbekalkan sepucuk lampu suluh. Dia sentiasa memerhatikan gerak geri kamu. Tanpa kamu sedari, dia terus menerus mengekori jejak langkahmu. Dibelakangmu. Iya, dibelakangmu lah dia memasang matanya erat ke arah kamu tanpa berkelip hatta sekalipun. Jangan pernah kamu berpaling ke belakang walau sesaat kerna pada waktu itulah dia akan bertindak dan memerangkap sehingga anda terpaksa memulakan semula permainan SLENDER.

Pernah bermain game yang bertajuk Slender? Game ni bergenre seram. Memang mendebarkan juga. Sejuk tengkuk dibuatnya. Walaupun dengan tampilan grafik ringan tetapi dengan kawasan hutan gelap berbekal lampu suluh diseramkan lagi dengan muzik latar yang agak damn menakutkan, nah, pada waktu itu pikiran akan melayang dan sentiasa akan menjangkakan Slenderman ni akan muncul di setiap penjuru untuk menerkam. Memang sangat saspen. 



Kalau ada yang rasa tercabar dengan permainan grafik ni, bolehlah download (Windows & Mac) , link - Slender Horror Game

Kalau kamu lemah semangat, jangan main game ni. Nanti terpacul pula pelbagai caci makian dari mulut korang. Haha..Hah, ni ada sikit tips iaitu peta game ni sebagai persediaan awal. Sediakan payung sebelum rumasam.


Semoga berjaya...ngahahahaha...

p/s: Jangan mencarut bila terkejut tu, bawa istighfar ye. Dan jangan duduk keras main game tu sampai berjam-jam pula.

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!