Tamu Besar Kota Belud 2010


Pernah dengar TAMU BESAR KOTA BELUD (TBKB)???
Bunyi macam gah kan.. Check it out..
Ada apa dengannya..?
Tamu ialah pasar terbuka yang berlangsung setiap minggu di Sabah. Manakala, TBKB merupakan acara tahunan yang diadakan di daerah Kota Belud. Diantara tujuannya adalah bagi mempromosikan & memperkenalkan kepada umum tentang apa yang ada di Kota Belud. Semasa acara ini berlangsung, terdapat pelbagai pertunjukkan & pameran yang mengandungi informasi samada tentang budaya, cara hidup, dialek atau pakaian masyarakat yang terdapat di daerah ini. Contohnya, para penunggang kuda Bajau yang dikenali sebagai "Koboi Timur" akan mengenakan pakaian tradisional terbaik mereka dan menunggang kuda yang dihiaskan dengan cantik. Selain itu, terdapat juga aktiviti² menarik yang disediakan bagi memberi hiburan & kepuasan kepada para pengunjung

Pada tahun ini ia diadakan pada 30 & 31 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad). Sebagai penduduk daerah Kota Belud, aku haruslah menyokong & sekurang²nya tahulah kalau ada yang bertanya tentang TBKB kan. So, aku & 2 orang kerabatku turut turun padang bagi menjayakan acara ini. Seperti yang disebut di atas tadi, memang banyak aktiviti yang disediakan, jualan pun tak kurang hebatnya. Memang crowded sangat keadaan tamu sepanjang acara TBKB ini berlangsung.

Coba layan gambar kejap:
~Jualan langsung~
~Pertunjukkan kaum dusun~
~Si comel ikut peraduan mewarna~
~ 2 sahabat comel (Safiyah+Azyan) ~
p/s: Sebenarnya aku sendiri baru pertama kali pergi & aku BANGGA adanya acara seperti ini. Mungkin ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat, tapi aku SOKONG & aku harap ia akan diteruskan lagi. Lain kali jomlah join aku turun padang. Nda banyak sangat perkongsian yang boleh dibuat, sebab time ni aku pun tengah blur². Bahasaku pun entah apapa sudah ni, lama nda buat karangan BM kan. Kalau SPM dpt C kali ni.


8 komenteraksi:

Mama JnJnJ@Sue@Anang said... [Balas Komen]

la kb pula..huhu samalah..tahun lepas dapat pigi, tahun ini sa tidak dapat pula..

silent screamer said... [Balas Komen]

"thn ni x brp syok..aktiviti sma jk..", kata seorang pniaga cendol.

Kay- said... [Balas Komen]

:) rindu sama kota belud!

silent screamer said... [Balas Komen]

@rina, trun la ko kb..kb pun rindu ko..keh²

Awangku Johan said... [Balas Komen]

wah bila juga tamu ni berlangsung..
wuina lama dah nda pegi tamu kota belud.. aku pegi dlu tahun 1997.. time tu aku skol d sana d Sk Sembirai.. time tu beliau ku penolong kanan sana bah... huhuhu.. rindu pulak dgn member2 ku d sana.. antah still kanal aku ka nda g tu huhuhu

silent screamer said... [Balas Komen]

@awang, TBKB dah abis..blgsung hjg minggu lps..30 & 31 hb...ooo,yaka..jd pnadai no ko tu ling sama? keh²

Zurina J. said... [Balas Komen]

Jum lah ramai² kita turun thn dpn, kih²
Adui bah c awg..Prnh pulak ko tinggal sini kB. Bah, dtglah. ada kali kwnku dsini knl sama ko. kih²

Anonymous said... [Balas Komen]

lama nda pegi tangga itu wo..
tapi ampus juga kalau naik tu hahahaha

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!