Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Nani Jaringkan Gol yang Pelik. Apa Pandangan Anda?


Semalam ( 30 Oktober 2010 ) aku menonton bola sepak secara maraton. Memang lama bana aku tgk bola. Mula dari Piala Malaysia yang memikat aku melihat kemeriahan dan prestasi bola sepak Malaysia yang aku anggap bermutu dan berkualiti. Tahniah kepada Kelantan! 

Dah selesai tengok Piala Malaysia, aku sambung tengok Arsenal pastu tukar² channel tengok Chelsea. Pasal kualiti BPL, nda payah cakap memang best. Lepas tu, team faveret aku sepak mula jam 12.30. Manchester United vs Tottenham Hotspur. 45 minit pertama memang dihidangkan dengan aksi yang seronok dan menghiburkan. Akhirnya M.U menang 2-0 tapi yang paling pelik gol kedua jaringan Nani. 


Aku pun hairan tengok gol tu. Bagi aku memang la gol pasal pengadil langsung tidak meniupkan wisel untuk memberikan sepakan percuma. Tapi Gomes tidak peka dengan wisel pengadil dan menganggap mereka diberikan sepakan percuma kerana Nani telah memegang bola. Jadi, bagi kamu, apa sebenarnya situasi ni? Dikira gol atau tidak. Apa pendapat anda?


p/s : Masih terkedu tengok gol yang pelik tu. "Bizzare" kata Harry Redknapp.

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!