Memori Tercipta



Kerana memori ini
Aku mengenal erti hidup
Mengenal asal usul ku
Hidup menumpang di bumiNya
Diberi amanah menjadi khalifah
Perjanjian untuk menumpang

Kerana memori ini
Aku sedar
Aku tidak tercipta terus-terusan
Indah & comel seperti ini
Aku punya orang tua
Melahirkan & membesarkanku
Seterusnya punya tanggungjawab
Membalas jasa & pengorbanan mereka

Kerana memori ini
Aku teringat zaman-zaman remajaku
Bersama teman-teman
Teman di bangku sekolah
Teman di universiti
Teman yang pernah aku kongsi suka & duka
Teman yang tidak pernah akan aku lupakan

Kerana memori ini
Aku terkenang jasa manusia padaku
Jasa yang mungkin tidak mampu pun aku balas
Jasa yang sangat besar
Lantaran masalahku juga besar
Tapi aku sedar setiap orang punya masalah
Lain orang lain masalahnya

Kerana memori ini
Aku sedar
Hidupku ada tujuan
Buat apa difikir kata-kata orang?
Aku yang bahagia, bukan kalian!
Aku tidak menyusahkan kalian!
Tidak payah mencari dosa!
Mengata kekurangan orang
Cermin dulu dirimu
Kerana orang kata
Apa yang kau katakan tentang orang
Sebenarnya kau sedang katakan tentang dirimu!


p/s: bukan marah bukan pula emosi, cuma hati mula berbicara

Coret @

0 komenteraksi:

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!