Fenomena Warroy


Assalamualaikum!

Aku ni terpilihlah untuk menngikuti program Biro Tata Negara yang bertempat di Kundasang, Sabah. Program ini berjalan selama 4 hari 3 malam dan menggabungkan sekolah dari pelbagai daerah. Aku antara 10 orang yang terpilih dari sekolah aku. Pengisian program tersebut adalah membentuk jati diri dan berusaha mewuujudkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Memang sarat dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang berguna untuk menjadikan seseorang tu berjiwa kenegaraan.

Dijadikan cerita, adalah seorang sahabat wakil dari Sekolah Sandakan. Dia sering mengucapkan perkataan "Warroy" sehingga aku pun tersihir dengan ungkapan tu. Asal saja buat sesuatu, terus "Warroy" terpacul dari mulutnya. Setelah itu jadi kebiasaan pula kepada aku, aku terbiasa sehingga terbawa-bawa ke sekolah aku. 

Aku mulakan dalam kelas, lalu merebak ke serata sekolah. Kemana saja semua orang akan menggunakan perkataan "Warroy". Bermulalah Fenomena Warroy.

Fenomena ini kian menular dari ke hari ke hari. Semua rakan-rakan aku, aku panggil dengan gelaran "Roy". Termasuk aku sekali pun diorang panggil "Roy". Jadi cuba kamu bayangkan berapa ramai budak nama Roy dalam sekolah aku daa. Aku pun heran seheran karan fenomena ini menular secepat khabar angin dini hari. Fenomena ini berterusan sehingga berbulan lamanya.

Setelah beberapa bulan berlalu, fenomena Warroy semakin lesap dan pudar kundar. Si "Roy" pun semakin berkurangan. Ianya berlalu ibarat hampas padi ditiup deras udara senja. ,Berakhirlah FENOMENA WARROY.

Gambar ini diambil semasa fenomena "Warroy" kian menular.
Roy dari kiri : Pijam, Bobby, Oboy, Lubek & Apik
Ini pun Roy juga termasuk yang female Roy tu.
Dari kiri : Apik, Bobby, Fikri & Mirin
Lokasi : SMK Arshad
Tahun : 2006


p/s : Warroyyy~~

11 komenteraksi:

cekzhikmAh said... [Balas Komen]

ngahahaha..kanak2 ribenaaa..

silent screamer said... [Balas Komen]

@hik, ribenaa? nasib ribena bkwn ngan lemon skg ni..keh²

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

uisehh..dr skola lg ensomboi owhh
klau kta 1skola lma sdh sy kirim2 surat sma ko ROY
hahahahahaha~

Ask said... [Balas Komen]

Warroyy!! Ala salah jubut.. Haha~
Nasib baik masa tu ko belum tersebut "Wasaber"..
Haha~ asal ada kerja siap.. Wasaber!!

silent screamer said... [Balas Komen]

@~NiZa Maksit~
Ehehehe. Klu btul bkirim surat, mgkin sampai skg aku masih simpan surat tu. Keh3.
s1

silent screamer said... [Balas Komen]

@Ask
Masa tu Ask aku lgsung xtau main komputer. Takut ni. Masa masuk U baru la pertama kali main komputer. Seriosa! Malu sa ooo
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

Warroy!!! Kah³

Misya Mialen said... [Balas Komen]

naaaa..warooy! org arshad ba pula ni.sy pun bekas arshad juga dulu..hihi.

silent screamer said... [Balas Komen]

@misya mialen
Aik, warga SMK Arshad gak ka? Ba, reunion la. Apa lg. Keh3.

Anonymous said... [Balas Komen]

warroy ah..hidup warroooyyyy :P

silent screamer said... [Balas Komen]

@Yvonne Iman Felicianus
Warroy Rules!
s1

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!