Peraduan Percutian Terhebatku


Assalamu'alaikum..!

Peraduan Percutian Terhebatku - Nieja Maksit

Sebelum menjadi lagenda di dalam dunia blogging ini, aku dengan besar hatinya ingin menyertai sebuah peraduan yang dianjurkan oleh bestfriend alam mayaku {Cik Aznieza Maksit}. Belum bertemu di alam realiti, tapi kami selalu bertemu di alam maya. Seperti sudah saling mengenali antara satu sama lain semenjak kecil. Mungkin kerana sifat ramah dan baik hatinya, buat aku tidak kekok bila saja berinteraksi {Uiseh! Jek penganjur bah}. Kalau mau join silakan baca syarat-syaratnya di blog wanita cantik ini.

Hujung tahun 2010 yang lalu. Aku mengalami  percutian yang aku kira paling hebat dalam hidupku buat masa ni. Kerana aku bersama dua insan yang aku kasihi: bonda dan adinda tersayang. Mungkin orang lain sudah lama mengelilingi negeri Sabah bumi di bawah bayu ini. Tetapi aku? Selewat umur 22 tahun, baru aku berpeluang melengkapkan peta negeri Sabah yang aku sediakan khas untuk diwarnai dengan warna hijau lepas aku menjejakkan kaki ke satu-satu tempat. Dengan sampainya aku ke Kunak, Tawau dan Semporna pada tahun lalu. Maka menghijaulah peta Sabahku yang pada asalnya berwarna putih.

Bulan Disember tanggal empat, penjelajahanku bermula.
Kota Belud -> Papar -> Kunak -> Semporna -> Tawau -> Beaufort ->Tenom ->Keningau ->Beaufort -> Kota Belud
Disember tanggal 28, barulah aku kembali ke teratak burukku di Kota Belud.

Sepanjang penjelajahan, terlalu banyak yang aku alami. Cuma aku rasa lebih senang untuk menyimpan dan menikmatinya sendiri. Jangan marah ya. Tapi, aku dengan senang hati juga ingin berkongsi pada kalian gambar percutianku. Dalam banyak-banyak gambar semasa percutian, aku pilih gambar ini. Kerana aku suka melihat wajah kegirangan dua insan yang berada di sebelah kanan dan kiriku. Aku rindu saat dan detik ini. Isk isk isk...Crying face 


Dragon Inn Floating Resort, Semporna

Hebat bukan?

Aku memang mahu hadiah peraduan ini, kerana wang di dompet dan di bankku semakin menghampiri nilai sifar. Pendapatan tetap pun tiada. Tapi, kalau tak menang pun, aku redha. Mungkin bukan rezekiku. Sebenarnya aku ndamau tag orang, sebab diorang bakal menjadi pesaingku. Tetapi disebabkan itu salah satu syarat, jadi aku tag empat manusia ini:
- Cik Hikmah Masir
- Encik Sahidzan
- Encik Moomoo
- Encik Mohamad Izwanizam Stephenson

Apapa pun, aku dengan jujurnya mengakui enjoy menyertai peraduan ini. Selamat maju jaya kepada semua. Yeeha!

p/s ditujukan khas buat pihak penganjur. Aku mau hadiah itu! {dengan nada ayu, tetapi sedikit berbau ugutan. Ahaha}

Peraduan @

12 komenteraksi:

Unknown said... [Balas Komen]

Bahaya intro tu a.. Muahua3! MANTAP eh sudah pusing2 1Sabah. Banyak lagi daerah belum aku hirup udaranya, ehe..

Good Luck for the Contest. d(^^,)

Hani Nabilia said... [Balas Komen]

wawawa..cuti2 sabah!!

Zurina J. said... [Balas Komen]

@www.samizul.net Thanks samizul...
nanti kita pusing² 1 sabah sama² ya...:)
ihihihi.

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

kekekeke..bgitu skali ko mau mnang ya..haha gdluck!! ^_^
terima kasih sbb jd pserta pertama..:)

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Nieza ihihihi...thank you! Orait cik Nieza... aku doa aku menang..:P
@Daniela iya ging! siuk ni jalan²..:)

MFM said... [Balas Komen]

hahaha...punyala mok manang!

memang kool!

sahidzan said... [Balas Komen]

kehkehkeh!! gua tak pernah melancong mahu pun bercuti. gua 24 jam kerja ngadap facebook dan blog. cemburu juga gua sam lu orang. Pehh!! c nieza main bagi hadiah top up oowwwhh. gua pun mau buat satu contest nnt, hadiah duit enset sony ericsson. lu orang tunggu saja.

Aretikz said... [Balas Komen]

Pergh ~ Sebelah atas lagi yang belum tembus, oh xdak! haha.. gud luck lai ^_^

wan T A N ho said... [Balas Komen]

mestttiiiii ka ni sy ikut? hehehe... sy manada p becuti d mana2...d rumah seja..kesian kan..hek3

Zurina J. said... [Balas Komen]

@MFM, thanks bro...:)
@PecahKata, gua mesti ikut kalo lu yg buat..insyaAllah..jgn kasi lama ya..:)
Aretikz, thanks lai...:)
wan T A N ho, ihihih..nda dpaksa jg bah..kalo mau ikut silakan, kalo ndamau nda jg dimarah...:)

h!km@h said... [Balas Komen]

alaaa juu..ak cuti2 pn kali p bopot seja..kehkeh

wan tan ho said... [Balas Komen]

saya baru tebaca ni post ada nama sy ooo... ^^

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!