Assalamu'alaikum..!
Apa khabar adik-adik semua? Esok, 3hb Januari dah mula sesi persekolahan yang baru untuk tahun yang baru, tahun 2011. Di sini, kak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat adik-adik. Yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM,STPM, STAM, semua-semua ujian, kak doakan kecemerlangan untuk adik-adik. Tapi, doa kakak saja tak cukup tau. Adik-adik kena pasang azam & berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat keputusan yang cemerlang, dapat 5A , 8A, 10A1, PNGK 4.00. Lepas tu berdoa & berserah saja padaNYa. Apa pun yang Dia berikan kita terima saja dengan hati yang terbuka.
Bagi adik-adik yang sudah lepas ujian-ujian yang kak sebut di atas, alhamdulillah. Pada yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang, kak ucapkan tahniah! Pada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha. Kehidupan kita belum berakhir, masih banyak yang perlu adik-adik tempuhi. Kuatkan semangat & berusaha lebih keras untuk mencapai cita-cita pada masa depan. Yang penting jangan lupa "senyum selalu".
Okay, kakak tak mahu cakap banyak. Kakak harap adik faham tanggungjawab adik-adik sebagai seorang anak, seorang murid, seorang manusia. Jadilah anak yang taat & patuh pada ibubapa, murid yang mendengar kata-kata guru & manusia yang berguna kepada masyarakat.
![]() |
- Budak comel ni excited sangat ke sekolah - |
p/s Jangan terlampau jajal. Jajal sikit boleh, tapi jajal yang baik... ^_^
Bicara @