Tinta Kalimah


Takkan mungkin sama!
Hanya dirimu!
Kaulah yang satu!

Ayat yang selalu diungkapkan oleh manusia-manusia yang pernah berkasih lalu putus di tengah jalan. Tidak akan ada pengganti diri si dia. Tidak kisahlah ia ditinggalkan atau ia yang meninggalkan. Tapi, bila aku fikir-fikirkan macam ungkapan ni tidak boleh pakai.

Hampir-hampir aku setuju dengan ideologi sebuah filem Hindustan bertajuk “Rab ne bana de jodi”. Aku tidak ingat keseluruhan kata-katanya, tapi ada part yang mengatakan bila mencintai pasti sakit [Broken heart].

Woah! Aku tidak setuju! Ini pendapatku ya, harap jangan terasa hati. Cinta [Red heart] itu sesuatu yang suci. Mencintai pula sesuatu yang mulia. Jika mencintai membuatkan seseorang hilang arah, hilang pegangan, hilang harga diri, hilang maruah, hilang segala-galanya itu ialah pagal {aku pinjam bahasa hindi atau dalam bahasa melayunya gila}. Mungkin juga terlalu ikutkan emosi dan hawa nafsu.

Mudah-mudahan aku tidak dimakan kata-kataku. Sungguh! Aku juga pernah berkasih, lalu putus di tengah jalan. Lagi teruk! Bagai tidak kelihatan masa-masa di depanku. Alhamdulillah ia tidak lama.

Kalian tidak percaya kuasaNya kah? Setiap yang telah berlaku, setiap yang telah terjadi, semuanya telah berlalu. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Bukalah hatimu. Bukan untuk insan lain. Tapi untuk dirimu. Sama-sama kita koreksi diri. Aku doakan kalian, sesiapa sahaja. Sesungguhnya masih terlalu ramai yang sayang. Hargailah dirimu. Kerana dirimu terlalu istimewa…

Tinta Kalimah

p/s semoga success Winking smile Cintailah Pencipta cinta. Hidup menumpang di dunia, itulah yang paling utama.







12 komenteraksi:

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

buka hatimu....hehehe
ingt plak cerpen 1st ku
:P
yahhh...skong jue..
kerana dirimu bgitu berharga ^^

Aretikz said... [Balas Komen]

Kerna cinta, yang sakit jadi gula.. kan? haha..

Asri Alam said... [Balas Komen]

kuchi kuchi ota hei

Bob Merley said... [Balas Komen]

'Too much love will kill you' by Queen
Try la dgr :)

cekzhikmAh said... [Balas Komen]

thumbs up dear^^ itu bunga juga la..haha

Fariehan Ibrahim said... [Balas Komen]

tu diaaa~ =D
xpa, cintai yg Maha Mencintai dlu.
insyaAllah, pasti akn dpt yg terbaik tuk kita. =)

cik bahulu oren said... [Balas Komen]

kerana cinta manusia terleka
bila jatuh tersungkur baru tercari-cari penciptaNya

Menusuk Hati said... [Balas Komen]

Saya nak bercinta...boleh ajar x?hehe..Seutama cinta hanyalah kepada Allah dan kerana Allah..

Eh?Ada cita baru kat sini

RIZZNA said... [Balas Komen]

Cinta memang manis....
tapi kadangkala pahit untuk ditelan

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Nieza. aku doakan ko jg ya..:)

@Aretikz. Awu banar jamu atu.. yg pahit pun jd manis.

@SASA & Bob Merley. Yeeha! dancing² aku sama lagu kamurang tu..:)

@Anac3kz. Bunga tu slh 1 inspirasi. ihihi...:)

@LBC & Cik Bahulu Oren. Benar kata kalian. Sama² kita koreksi diri ya. Bkn tak tau kan, tp terleka sejenak...Astaghfirullohal'azim.

@Menusuk Hati. Sy pun nda pandai bercinta. Kejarlah cinta Pencipta cinta, nanti Dia pasti akan bg yg terbaik buat kita...:)

@Cinta Misteri. Benar katamu. Tp jgn smpai memakan diri & merana jiwa kan. Kalau yg tu, baik dibuang jauh²...:)

Yeeha!!!

zydande said... [Balas Komen]

sedih jua cerita mu ni zu.? tu hindustan yg shahrukhan tu ka.?

Zurina J. said... [Balas Komen]

Sedih ka zydande?
Iya yg Shah Rukh Khan tu. Tp, aku nda setuju bah aku cakap. Mesti ko nda baca baik² ni kan Jaid...:)

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!