Paling Pantas tuk Dicintai


Assalamu'alaikum..!
Entah kenapa ya? Hari ini hatiku lara semacam. Bukan mahu riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi tiba-tiba aku teringat dosaku. Maha besarnya dosaku pada kedua orang tuaku. Aku tak mahu bongkar segala salah silap dan dosa-dosa yang telah aku lakukan di sini. Semua tu biar Allah saja yang membalasnya. Semoga dengan secebis kesedaran ini membuat aku tak terus terleka dengan duniaku.

Ingin aku ajak kalian kembali ke suatu saat di mana kita tak punya apa-apa selain kedua orang tua kita. Semoga bukan di kalangan kita. Tapi masih ada manusia yang sanggup memperlakukan ibu bapanya seperti orang asing.

Saat kita lahir. Ibu menyusukan. Bapa pula mencari rezeki… Lalu membesar. Masuk ke alam persekolahan. Sekolah rendah, masih tak faham maksud kehidupan. Bila mahukan sesuatu, tak pernah fikir. Yang kita tahu, benda yang diidam mesti dalam genggaman... Masuk pula ke alam remaja. Darah muda, tutur dan tingkah tak dijaga. Kadang mirip syaitan pun ada. Wujud pula perasaan cinta pada kaum berlainan jantina. Ingin berkasih-kasihan dan bersayang-sayang. Dengan kekasih, bercakap lemah gemalai. Pijak semut tak mati. Semua mahu control. Tapi dengan ibubapa dan keluarga, macam mahu keluar anak tekak, bercakap ibarat berteriak… Semakin dewasa. Akan ada hidup sendiri. Mula terkenang segala yang sudah. Mula timbul sesal dan kesal. Barulah terfikir asal usul. Saat ini,  dua orang tua itu menjadi pelakon utama di atas pentas realiti. Yang penat dan lelah membesarkan. Yang pernah selalu membebel itu tak boleh, ini tak boleh. Yang tak pernah mengadu betapa susah dan payahnya memberi makan dan kehidupan.


Sangat merindui saat ini Tak malu aku mengaku. Saat ini nafasku sesak. Mataku berair. Hidungku berhingus. Tekakku tak berair liur. Jiwaku gelora. Mama… Bapa… Aku sangat berdosa pada kalian. Semoga masih ada kesempatan untukku memperbaiki segala kesilapan. Menampal dan menjahit luka di hati andai pernah aku koyakkan. Sebelum jantungku berhenti berdenyut, sebelum darahku berhenti mengalir, sebelum mataku berhenti berkelip, dan sebelum aku berhenti bernafas. Ampunkanku wahai mama. Ampunkanku wahai bapa. Aku sangat sayangkan kalian berdua. Saat ini, kalianlah penentu samada aku layak untuk mendapatkan syurgaNya atau tidak.

".....Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang
tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh,
aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim" [Al-Ahqaf:15]

p/s Hargailah selagi masih ada. Jangan sesal belakang hari Crying face

Bicara @

3 komenteraksi:

Fariehan Ibrahim said... [Balas Komen]

sayu jerk baca, -.-'

aah, ibubapa harta yg xde galang ganti kt dunia nie,
hargai mereka smntara masih ada. =)

Anonymous said... [Balas Komen]

kerana dranglah kita melihat dunia...

Zurina J. said... [Balas Komen]

@LBC, Tiara Sakura, menusuk hati

terima kasih...:)

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!