Di sebalik kemewahan yang aku & keluargaku nikmati kini, tersembunyi berjuta kepayahan yang harus aku lalui. Seawal tunas & bibit. Belajar mengenal erti & teori. Payah! Hitam, kabut, serabut. Orang berjalan, aku merangkak. Orang mendongak, aku menunduk. Semakin aku kenal erti hidup. Payah! Perit, sakit, pahit.
Di kota metropolitan yang sangat moden, terpacak sebuah syarikat yang sangat gah segah namanya, iaitu Syarikat WSB Sdn. Bhd. Syarikat ini mula diilhamkan dan sehingga kini diterajui oleh seorang lelaki budiman lagi kacak, Dato' Alfian. Oleh kerana tidak sukakan publisiti, Dato Alfian lebih suka menggunakan nama samarannya Dato' Bobby. Beliau merupakan abang kesayanganku. Awal penubuhan syarikat ini, Dato' Bobby hanya berniaga barang-barang elektrik terpakai yang terdapat di rumah kami. Berpejabatkan bilik tidurnya yang usang dan sedikit berbau. Entah? Tak dapat dibezakan samada bau stokin atau bau badan. Dato' Bobby sangat komited di dalam menjayakan perniagaannya. Aku ni tak pandai sangat berniaga. Tapi atas dasar kasih dan sayang [atau lebih tepat lagi menganggur], aku sentiasa menjadi pendamping dan penyokongnya walaupun bondaku kadang bising kenapa tak pandai cari kerja kerajaan. Lama-kelamaan aku kesiokan. Aku memandai-mandai melantik diri menjadi personal assistantnya.
Transformasi penubuhan syarikat ini dari pejabat di bilik berbau, ke pejabat di bangunan 50 tingkat berpenghawa dingin beraroma sitrus sudah pasti diwarnai dengan pelbagai cerita suka dan duka. Kalau dulu kami hanya menjual barang-barang elektrik terpakai, kini kami menjalankan berbagai jenis perniagaan. Seperti penghasilan produk-produk kesihatan, perkhidmatan, pengangkutan dan sebagainya. Termasuklah siaran televisyen sendiri yang menjadi siaran No. 1 di Malaysia. Mengalahkan siaran televisyen Media Prima dan Astro pada awal era millenium dahulu. Kalau dulu, kakitangan syarikat ini hanya 20 orang. Tapi kini, ia sudah mencecah angka 1000++. Bulan-bulan seterusnya, syarikat WSB semakin untung dan mula berkolaborasi panas dengan Syarikat SBSOS & Syarikat DJ LANGAU yang sudah mula mencipta namanya.
*********************************************
Pagi ini, tanggal 13 bulan pertama di tahun 2020. Aku bertekak dengan Dato' Bobby. Gara-gara niatnya mahu mengambil 2 model baru yang sangat terkenal sekarang, Glay Rista & Finie Ramos. Bukan aku tak setuju, cuma kami bukan perlukan sangat model perempuan. Kalau dia mahu, aku pun boleh jadi model sekali-sekali. Kenapalah lelaki ni susah sangat nak faham isi hati seorang wanita? Bukan aku tak tahu niatnya tu. Mahu memadukan isterinyalah tu. Aku rasa kakak iparku, Kak Safiah tu sudah hampir sempurna penciptaanNya untuk mendampingi abangku. Tak cukup satu. Pantang nampak yang cantik. Bukan menolak poligami. Tapi, aku rasa dia memang tak mampu untuk adil walaupun hartanya melimpah ruah. Tak sanggup aku melihat orang yang aku sayang dibakar kerana tak menjalankan tanggungjawabnya dengan sepatutnya. Aku yang kelaparan tangan terketar-ketar, terus tak jadi sarapan bila dia mula sebut hal tu.
Seawal 6.50 pagi, aku sudah berada di pejabatku. Sekuriti, Pak Abu Sopian dan Pak Reezam buat muka macam Mr. Bean kehairanan kenapa aku datang seawal itu ke pejabat. Malas aku mahu cakap banyak, aku senyum ja. Terus memandu Hondaku dan mengambil parking. Di atas, aku ke bilik rehat. Buat kopi dan makan nasi lemak yang aku beli di gerai Wan Tan Ho di simpang tiga milik Angkol Wan semasa dalam perjalanan ke sini.
Dalam keadaan yang sunyi macam tu, hatiku tiba-tiba diamuk rindu. Fikiranku mula melayang. Ke kampung halaman. Teringat segala kenangan. Seminggu sebelum berpindah ke banglo baru kami di Kokin, tahun 2012. Jiran perempuanku: Khuza dan Atiqah setiap hari datang rumah. Pujuk-pujuk supaya jangan pindah. Entah apa yang diorang susah sangat berpisah dengan aku. Aku syak diorang ada hati dengan abangku. Lagi-lagi selepas abangku membawa pulang kereta BMW untuk dihadiahkan pada bondaku. Bertambah kegilaan diorang. Tak mahu pulang rumah. Macam tiada rumah. Mama bapa diorang, pakcik Zyezye dan makcik Keciiq apa lagi? Sukalah diorang 2 orang di rumah. Bondaku kata, dulu masa bercinta pun diam-diam. Ingatkan diorang tak kenal satu sama lain. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mahu kahwin. Gila eih!
Bukan itu saja. Anak dusun selang 2 buah rumah pun tiba-tiba mahu mendekatiku. Kalau dulu aku selalu jadi tukang ambil buah shuttle masa main badminton. Sekarang Aemy dan Michelle sanggup jadi tukang angkat barang time aku shopping. Asalkan dapat pergi bandar. Kalau dulu aku yang selalu kena bagi 50sen lepas pungut-pungut buah shuttle. Sekarang, dapat 3 ringgit malaysia pun sudah cukup senang hati diorang. Untuk top up celcom prepaid. Dulu hidup diorang tak susah. Semuanya berubah semenjak ibu diorang, Beaty dilarikan oleh buaya darat, Ariez Hazaril ke Lombok. Bapa diorang Jerry J Wen terus jadi kurang siuman dan dipecat kerana asyik melalut menyebut-nyebut nama Beaty. Kehidupan Aemy dan Michelle kini sangat dhaif. Mahu kerja pun tiada kelulusan. Setakat PMR. Zaman berteknologi tinggi ni Ijazah Kedoktoran pun orang tak pandang. Segala bebanan terpaksa abang sulung diorang yang tanggung, Jerry Arif. Kasihan Jerry Arif, terpaksa berhenti belajar di Universiti Malaysia Sabah gara-gara mahu bekerja di bengkel milik Ustaz Samizul untuk menampung segala keperluan keluarganya.
Bukk!!!
Bunyi seperti nangka busuk terhempap. Aku toleh ke luar, kelihatan wanita umuran 40an jatuh tersembam. Baru sampai pejabat, sudah terjelupuk. Makcik Nieja, makcik tukang cleaner hampir setiap hari tergelincir di lantai marmar di luar tandas. Sudah berapa kali aku nasihat jangan pakai seluar ketat, dia pakai juga. Aku kasihan juga tengok. Tapi emosiku hari ni betul-betul terganggu. Tak ada mood untuk menolong. Lagi-lagi orang gemuk ada 80kg macam makcik Nieja tu. Bunyi macam kejam dan tak berhati perut kan. Aku tak kisahlah apa-apa pun. Mengganggu lamunanku saja makcik tua ni.
Aku kembali termenung. Singgah pula pada Zahiddin, teman baik abangku. Sejak aku darjah 5 sehingga aku tingkatan 5, dia sering datang ke rumah. Hampir setiap hari. Alasannya mahu belajar bersama-sama. Budak ni memang pandai, pasal tu pakai spec. Terlampau belajar barangkali. Anak orang kaya & pemurah. Pemalu. Bila bercakap denganku, hidung aku yang ditatapnya. Sampai aku naik malu. Ada tahi hidungkah? Suatu hari aku dapat tahu dia rupanya menyimpan perasaan padaku. Mulanya aku tak kisah sangat dia datang rumah. Tapi selepas kawan baikku si Hikmah dengan semangatnya memburuk-burukkan si Zahiddin, kononnya suka mencium kentut dan macam-macam. Terus aku seram. Bila saja dia datang, aku mesti sembunyi di bilik. Zahiddin hairan dan sangat sedih dengan tindakanku. Lalu membuat keputusan yang tergesa-gesa untuk menyambung pelajarannya ke London. Sebenarnya sudah mula ada rasa sayang dalam hatiku bila abangku kata si Hikmah sengaja memburuk-burukkan Zahiddin. Si Hikmah ni pun satu. Dulu dia bercinta dengan abangku. Bergaduh, dikasih jauh pula kasih sayangku pada si Zahiddin. Tak patut betul! Tapi, orang kata bukan jodoh kan. Sekarang Zahiddin sudah pun berkahwin dengan gadis pilihan orang tuanya dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Shizu Hanis. Comel dan pintar budak tu. Besar nanti mesti jadi doktor.
"Ehem ehem.. Assalamu'alaikum..!"
Suara gemersik milik lelaki sasa mirip Faizal Tahir yang sedang berdiri di depanku membuat jantungku berdegup kencang. Seawal pagi ini dia sudah datang ke pejabatku untuk bertemuku setelah seminggu tak bersua muka. Dia, tunang kesayanganku menghulurkan sejambak bunga matahari kepadaku dan berkata "I miss you so much. Jauhnya termenung... Teringatkan siapa tu?" Aku hanya senyum. Menghidu harum bunga matahari. Bagai hilang segala kemarahan dan kecelaruan. Katanya tadi dia singgah ke rumah untuk menjemputku. Muka pucat dan menyesal abangku pula terpaksa ditatapnya. Kononnya abang sangat menyesal dengan tindakannya. Dia tak jadi mengambil 2 model baru dan menyuruh si dia datang memujukku. Adoi, manjanya abangku ini. Itu pun mau direportnya dengan tunangku.
Aku bercerita kosong dengan si dia. Sambil memakan kuih karipap hasil tangan ibunya. Sesekali tawa mengilai makcik Nieja hinggap di telingaku. Bersama teman baiknya, makcik Odie tukang cuci tandas di syarikat WSB. Diorang berdua ni memang kamceng. Tapi tiada kerja lain, asyik mengumpat saja 24 jam. Tak takut dosa betul. Kadang aku pun panas telinga, tapi aku terima kasih juga pada diorang. Kerana dioranglah aku dapat tangkap penyangak dan pengkhianat di syarikat ni.
Vizard dan Izwan Shah. Seorang driver dan seorang tukang kebun. Kawan baik. Ke mana-mana pasti berdua. Sampai ke tandas pun berdua. Uinaa, lain macam tu. Aku malaslah mahu ulas pasal tu. Aku cuma boleh kata 2 orang pakcik ni memang bedebah! Tak padan dengan driver dan tukang kebun. Ada hati pula mahu pegang share syarikat. Kalau mahu, mintalah baik-baik. Ini sampai abang kesayanganku masuk hospital gara-gara kemalangan terlanggar khinzir. Terpaksa memandu sendiri bila pakcik Vizard berpura-pura sakit buasir. Menurut makcik Nieja, pakcik Vizard ni memang tak boleh dipercayai. Lidah bercabang. Dengar-dengar datuknya, Vizard Piremon seorang dukun yang hebat di sebuah kampung di pedalaman, Kampung Pecah kalau tak silap. Tempatnya ngeri. Orang putih bilang "black area". Kembali pada cerita, diorang ingat diorang pintar. Sekali kena cekup, sekarang duduk penjara. Hari tu aku dan peguamku, Nonoi melawat mereka. Diorang tengah duduk steady-steady sambil tunggu bubur masin. Hanya mengenakan seluar katak. Malu pula aku mahu menghampiri diorang. Tapi si Nonoi ni siap pura-pura ber'sms'. Tapi aku tengok kamera telefon bimbitnya bercahaya. Mujur makcik Nieja lekas memberitahuku yang dia dan makcik Odie terlihat 2 lembaga sedang konek-konek kereta malam sebelum hari kejadian. Diorang sengaja balik lambat pada hari itu. Mahu tengok midnight movie di 1 Borneo konon. Ni pun sama! Tak padan dengan tua. Tapi aku tak kisah sangatlah. Asalkan jangan ganggu hidupku sudah.
Sekarang kami sudah ada drebar baru, pakcik Moomoo. Jujur dan baik hati. Comel dan manja. Memiliki pipi gebu. Kadang mahu saja aku cubit-cubit pipi gebunya tu. Macam baby. Mungkin genenya kuat. Menurun pula pada 2 orang anak kembarnya: Rin Catherine dan Mixhendryanson.
Tiba-tiba...
"Baby, baby, baby. Oooo..." alunan suara Justin Biebier, ringtone si dia. Disuruhnya aku yang jawab. Miera. Nama perempuan gedik tertera di kaca Blueblerry miliknya. Aku tak tahu dah mahu cakap apa dengan perempuan ni. Dulu masa aku mula bercinta-cinta dengan si dia, budak Miera gedik ni asyik mahu ikut kami pergi dating. Bila dapat tahu aku mahu bertunang dengan si dia, terhegeh-hegeh pula mahu jadi adik angkatku. Aku kenakan syarat mencabut bulu ketiakku setiap hari isnin dan jumaat pun dia sanggup. Sekarang ketiakku gondol tanpa rambut.
"Baby, baby, baby. Oooo..." alunan suara Justin Biebier, ringtone si dia. Disuruhnya aku yang jawab. Miera. Nama perempuan gedik tertera di kaca Blueblerry miliknya. Aku tak tahu dah mahu cakap apa dengan perempuan ni. Dulu masa aku mula bercinta-cinta dengan si dia, budak Miera gedik ni asyik mahu ikut kami pergi dating. Bila dapat tahu aku mahu bertunang dengan si dia, terhegeh-hegeh pula mahu jadi adik angkatku. Aku kenakan syarat mencabut bulu ketiakku setiap hari isnin dan jumaat pun dia sanggup. Sekarang ketiakku gondol tanpa rambut.
"Hello Cik Miera... Sayang I pergi tandas. Sakit perut nak berak. Ada apa ya Cik Miera?" aku sedikit geram. "Oh kak Zue. Tiada apa kak, saja mahu tanya khabar" gugup. "Oh, dia sihat Miera. Thanks for your caring. Nanti ada apa-apa berita, akak call ya" terus menekan punat berwarna merah. Aku memuncungkan bibirku tanda tak suka. Si dia boleh pula mengukir senyum? Jatuh jantungku. Retak segala amarahku.
Mood aku tak okay sangat pagi ni lepas bergaduh dengan abangku. Perempuan bila datang bulan memang emosi. Fikir guna otak lutut. Dia tahu dia saja yang betul. Aku rasa bersalah. Tak patut aku kata hidung abangku besar tadi.
Lunch nanti ada date dengan Datin Lina Ramsah untuk bincang tentang bussiness bernilai 500 juta ringgit malaysia. Bila saja sebut nama datin kerepot ni, aku rasa nak muntah pun ada. Sudahlah pakai botox, mengada-ngada, pakai perfume sebotol. Yang paling aku tak suka, dia ni cerewet mahu mampus. Meeting dengan dia, 10 jam pun tak cukup.
Lepas tu petang nanti kawan baikku, si Hikmah pula ajak pergi majlis pelancaran novel jantung hatinya, Sahidzan. Eish! Aku hairan sangat dengan kawanku ni. Dalam ramai-ramai kumbang, kumbang keribo tu jugalah jadi pilihannya. Dia bukan tak cantik. Boleh dapat yang lagi handsome dari si keribo tu. Lu gua lu gua. Bercakap macam bukan orang Malaysia. Tiada kad pengenalan diri barangkali. Pasal tu mahu kahwin dengan warganegara, supaya dapat kewarganegaraan. Rambut entah berapa tahun tak syampu. Kutunya entah keturunan ke berapa sudah yang duduk. Bila diukur diameter keribonya tu mungkin kalah kumpulan Alleycats. Aku pun hairan macamana boleh jadi penulis novel. Bila saja aku mula buka topik ini pada Hikmah, mulalah katanya cinta cinta... Cinta tak kenal paras rupa. Ya lah cinta! Sampai kopi yang hitam pun dia tengok macam susu tepung. Jangan sampai tahi ayam keras pun diingatnya kuih semperit, tahi kerbau macam kek coklat sudahlah.
Si dia hanya memandangku sambil tersenyum apabila aku seperti sedikit merungut kepadanya, Mohd. Farid Majid. Dia ni tak banyak cakap dan murah senyuman. Pasal tu lah hatiku boleh cair.
Jam 5 suku, selesai pertemuan dengan Datin Lina Ramsah. Siap solat asar, aku bergegas ke pejabat untuk mengambil Hikmah. Hikmah bekerja dengan keluargaku sebagai Pegawai Human Resource. Tak payah bayar gaji mahal sangat.
Disebabkan pada masa ini jalan jammed, kami terpaksa parking jauh dari tapak pelancaran, di Jesselton point. Kami parking di Anjung Senja. Terpaksa berjalan kaki. Dalam hatiku, ramainya peminat si keribo ni. Dalam masa yang sama fikiranku juga ligat berfikir tentang tawaran Datin Lina yang sedikit berbau ugutan. Dia mengajakku ke Pulau Sipadan Februari depan. Berdua. Pelik. Kadang ngeri. Sedang fikiranku berputar-putar, aku hayun langkah dengan selamba.
Duff!
Kereta kancil putih meluru laju ke arah ku dari belakang. Terasa gergasi mencium ponggongku dengan ganasnya. Bagai luruh dan luntur segala lemak dari badanku. Yang paling terasa di bahagian paha. Pahaku terasa ringan seperti mahu terbang. Pipiku pula bagai disapa-sapa angin petang. Pandanganku mula berpinar-pinar.
***************************************************************************
Bantal peluk berada tepat di ponggong. "Kakak, kakak" pipiku yang ada sedikit jerawat ditampar halus oleh adik kecilku, Azyan. "Kakak!!!", jerit Azyan seperti protes setelah sekian lama mengejutkanku tapi tak berhasil. Aku buka mataku yang melekat macam ada ambuyat. Mengerling ke arah jam dinding, jam8.15 pagi. SubhanAllah! Subuhku subuh gajah lagi.
Di ruang tamu. "Apa mahu jadi sama kau ni? Anak dara bangun lambat!" suara Dato' Bobby macam thambi kehilangan kambing. Aku masih musykil sebenarnya. Bilikku aku engsel dari dalam. Macamana Azyan boleh pula masuk dan menampar-nampar wajahku. Ada kaitan dengan dukun Vizard Piremon di Kampung Pecahkah? Aku bertambah pening. Mataku macam mahu tertutup-tutup. Pipiku sekali lagi ditampar oleh Azyan, tapi kali ini momentumnya lebih kuat. Lepas tu lari laju-laju ke ruang tamu, takut dimarah. Aku betul-betul tersedar. Arghh!! Baru aku teringat. Pagi ini, jam 9. Aku ada temujanji dengan Hikmah. Ada 45 minit saja lagi.
Tunang??? Farid??? Ahakkks. Aku tersenyum gatal di hadapan cermin selepas melompat dari katil dan merenggut tuala merahku. Sebelum aku pergi ke tandas, sempat aku menghantar mesej kepada Hikmah melalui sistem pesanan ringkas yang berbunyi:
" Assalamu'alaikum. Hik, hari ni kita pergi cari kerja mahu pakai baju apa?"
[via Celcom SMS]
-Tamat-
p/s cerita ini hanya rekaan semata-mata. Ampun dan maaf seandainya ada yang tak berkenan di hati para pembaca yang budiman. Yang salah harap diperbetulkan. Harap kalian dapat tinggalkan link di bahagian komen. Nanti aku attach pada blog kalian. Maaf, tak semua blog kalian aku tahu. Salam sayang.
Cerita pendek @
22 komenteraksi:
weeeehuuuu~~~ chumil ni bah crita mu zu... ku suka..!! kalu inda manag lg nda tau la.. sintiki dlu.!!
p/s: nda suka tinguk hidung.. tp suka tinguk mata..=)
mcm baca novel ooo... *thumbs up*
HAHAHAHA.. :))
peguam plak tu :))
hahaha! aku jadi jaga~ wakakakaka! nice narrator!!
hakhakhak! mcm ada kesinambungan Kg.pecah pula. Peh! bila rambut gua keribo? gua punya rmbut mcm Jay Chow punya rambut la wei.
buaya pn buaya la..haha..
da macam cerpen da ni..tp mmg siok..best baca sambil kupi2..XD
Pergh ~smart.. memang tip top la crita ni.. ada button tweet? haha..
aittssss....asyik joyah sja watak ak ni...wakakaka
smpat snyum gatal ya d cermin...
hahaha
klau sy jd c azyan...sy sipak2 muka ko jue...hahahaha
nice!!! ^^
harus tuu ada pipi gebu! kehkehkeh...
aku baca dari jam 7 tadi,sempat pegi makan mandi pastu smbg balik baca...gilaa panjang! hehe
jadi jue, ko sngaja kasi aku sma jiji? ehem2 .. hahha :D .. mimang utak ko buli pakai jue. pg ko join alaf 21 sana .. keep it up bebeh ! :D
hahaha... penjual ka ya? y ni sy suka~ hahaha
aku part watak c lina la aku suka..
smua cerpen watak dia la aku suka..
hahah
wow. thumbs up. ingatkan pendek. rupanya smua skali kasi masuk. nama aku pun masuk jgk. panjang ko merepek zurina. haha... btw nice entry:D
hahahahah! yay! peod akakaka :) siuk!!! << pecah perut ketawa2 ni~~~
nice ... baru terjumpa cerpen mu ni ... babak yang nda tahan niza jadi tukang cuci jamban ..w awawawkakakakakakkaka adoiiiiii ... btw nice ...
nice sis^^ thumbs up!!kebetulan ak mau blajar wat karipap ini hari..eheh..
woooo pnjg bah.. hihi..
khayalan yg bgus.. :)
Wow! baekkkk punya imaginasi.. tabik!^^
@Semua. Sorry kalo ada kata²ku di dalam tu menyinggung & membuat kalian terasa hati. Ampun & maaf aku pinta.
Sorry jg nda semua nama aku dapat masukkan. Ini sudah kira karutan yang pendek Sebenarnya aku boleh mengarut dgn lebih pjg lg, tp nnti disqualified pula aku mau join BOTM. ahaha.
Btw, thanks 'semua'. Kerna sudi membaca karutanku yg pjg...:)
Yeeha!!!
Nice! Cumil ni..hehe..
Salam..
Ehe, Kak Safiah? Kirim salam sama dia a Zurin.. ^^,
Wa'alaikumussalam samizul.net...
ui, br aku sedar komenmu ni..
InsyaAllah nnti aku kasi sampai ya...:)
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!