Sudu dan Garfu


Assalamu’alaikum dan salam mesra…!

Hari ini agak luar biasa, aku makan tengahari di sebuah restoran bersama rakan-rakan seofficeku {trip sudah kerja}. Di sebuah restoran yang agak popular, letaknya beberapa langkah sahaja dari office kami {trip lagi}.

Aku order mee goreng ayam untuk mengalas perutku yang bergendang riang minta diisi. Dijadikan cerita, di hadapanku duduk seorang jejaka sopan {rakan seofficeku}. Aku masih menanti mee goreng ayamku, manakala makanan jejaka sopan itu sudah pun siap sedia untuk dimakan. Aku menyuruhnya makan nasi berlaukkan ayam masak merah yang dia order sambil aku pula meratah ayam goreng yang aku ambil tadi dengan berseleranya.

Sedang aku meratah ayam goreng, mee goreng ayam yang aku pesan pun tiba. Bersama sudu dan garfu serta semangkuk kuah sup. Dengan lafaz Bismillah, aku pun mula menyuap mee goreng itu ke mulutku. Bertukar-tukar tangan kananku memegang sudu dan garfu. Kalau makan mee, tangan kananku memegang garfu. Kalau menghirup sup, tangan kananku pula memegang sudu. Kalau makan ayam goreng, tangan kananku kosong tanpa sudu mahupun garfu.

Ayan Goreng

Sedang aku menikmati hidangan siang itu dengan berseleranya, tiba-tiba perasaanku jadi lain macam bila saja melihat jejaka sopan di hadapanku. Tangan kanannya memegang garfu, tangan kiri pula memegang sudu. Perlahan-lahan dia memotong lauk ayam masak merah, dicucuknya dengan garfu dan dengan sopannya disuap ke mulut. Terus gerakanku jadi lemah lembut dan kurang menghirup sup. Sebab kalau hirup sup aku kena ubah kedudukan sudu ke tangan kananku berkali-kali. Padahal mana pernah aku biarkan supku bebas kalau tidak licin aku hirup. Aish!

Fuhh, akhirnya siap juga aku makan. Alhamdulillah… Tapi yang aku musykil, kenapa aku rasa begitu? Kenapa aku seolah-olah rasa bersalah dan malu? Aku bukannya buat dosa. Bahkan aku mendahulukan sunnah Muhammad saw, makan menggunakan tangan, tangan kanan. Berbanding mengikut adab tertib yang entah datang dari mana, makan mesti garfu tangan sebelah kanan sudu tangan sebelah kiri. Cuba hayati dan fahami hadith di bawah ni:
  1. “Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri” (HR Muslim no. 3764)
  2. “Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah yang ada di dekatmu” (HR Al-Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)
Aku tidak tujukan perihal ini pada jejaka sopan yang duduk di depanku tu ya. Cuma sepanjang hariku, aku asyik terfikir benda ni. Entah di mana dan apa silapnya. Aish!


Nota: Bersederhana di dalam sunnah adalah lebih baik daripada bermegah-megah di dalam kemungkaran

20 komenteraksi:

Malaya Mania said... [Balas Komen]

kalau makan pkai tangan,lagi terasa nikmat makanan tu msuk perut..kan3x?? s1

Cinoi said... [Balas Komen]

Ya, my sis abru bagitau haritu, even pakai sudu pn, yg menyuap ke mulut haruslah tgn kanan

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

sokong c aris..
mkn pkai tngan nda payah pikr mana mau letak sudu n garfu
kehkehkeh
ko tuntum seja 2 sup
kahkahkah

Unknown said... [Balas Komen]

sopan juak lelaki tuh..hehe kalik lelaki tu malu juak kot....haha

Unknown said... [Balas Komen]

jangan lup join kempen earth hour kat my blog....


http://aazzrruull.blogspot.com/2011/03/earth-hour-jom-tutup-lampu-pada-26-mac.html

ZWAN SABRI said... [Balas Komen]

HAHA.. Zwan pown klaw makan, ikowt suka zwan jer nak makan camne pown.. xde istilah etika time makan dalam kamus hidup zwan.. sampai org kata zwan x boleh dibawak ke majlis.. HAHA


MySuaraBlog: Setelah 2 minggu tak.....

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Ariez Hazaril
iya ariz...slalu mmg makan pakai tgn, tp kali ni makan mee...ihihi
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Cinoi
ur sis is right...
s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~NieZa~
ahaks, nija palin manang...
adakah disuruhnya tuntum sup? panas la bah sup tu..aish!

Zurina J. said... [Balas Komen]

@saveq volcom
lelaki tu memang sopan sgt saveq...tp aku rasa dia bukan malu tu..dia menjaga penampilan barangkali...
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@ZWAN SABRI
betul tu zwan...bukanlah tiada etika, tp kita sy tiba² terfikir...kita mgaku umat Muhammad, tp nda jadikan Muhammad tu sebagai role model...

Sama² kita muhasabah diri ya...
s2

Mizs CT said... [Balas Komen]

s1

A.G said... [Balas Komen]

@Siti
kenap cik siti tersenyum simpul ni?
s8

Zurina J. said... [Balas Komen]

@a.g
en ag pula macam bingung²..ihih
s1

Puan Kutu said... [Balas Komen]

sy pun suka mkn pakai tgn.senang!hehe..

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Puan Kutu
Samalah kita...tp time perkara ni berlaku, sy makan mee goreng..so tpaksa jg makan pakai garfu...

s2

.. said... [Balas Komen]

kalo makan ayam memang wjb pakai tangan kalo tak memang hilang nikmat ayam...hakhak...nasi pon lupe lak..lantak la orang nak ngate pape pon
-she-

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Pacek ABU sifir
betul katamu pacek...kalo makan pakai sudu & garfu nanti ayam tu melompat...pakai tangan lagi senang lagi nikmat...ihih.

s1

cekzhikmAh said... [Balas Komen]

nice^^

Zurina J. said... [Balas Komen]

@cheezy
owh tanx dear..
insyaAllah sama² aplikasikan sunnah Rasulullah saw...
s2

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!