Lelaki, Fahamilah Wanita!


Assalamu’alaikum dan salam mesra..!

Nampak tajuk macam menakutkan bukan? Macam garang dan penuh emosi pun ada. Mungkin memang ditakdirkan wanita itu begitu sikapnya. Mudah sungguh tersentuh hatinya, mudah sungguh tersentuh emosinya.

Aku juga tidak lari dari semua itu. Aku akui aku agak sensitif dan mudah terasa apabila ditegur oleh insan bernama lelaki. Apatah lagi jika teguran itu datang dari insan yang amat aku sayang {suami, ayahanda, kakanda, pak cik atau mahramku yang lainnya}.

Pernah suatu hari mataku bengkak akibat menangis seharian selepas ditegur oleh seorang lelaki yang amat aku sayang. Iya, mungkin aku kelihatan kurang matang bila air mataku mengalir tidak henti-henti. Aku tidak menyalahkannya, bahkan aku berterima kasih kerana sudi mengingatkanku supaya tidak terus-terusan membuat silap. Aku tahu dia sayang. Aku faham. Cuma, hatiku sangat lembut wahai lelaki. Fahamilah aku seadanya…

Nabi sendiri pernah bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berwasiatlah engkau semua kepada kaum wanita dengan yang baik-baik, sebab sesungguhnya wanita itu dibuat dari tulang rusuk dan sesungguhnya selengkung-lengkungnya tulang rusuk ialah bahagian yang teratas sekali. Maka jikalau engkau mencuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jikalau engkau biarkan saja, maka ia akan tetap lengkung selama-lamanya. Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yang baik-baik kepada kaum wanita itu" (Muttafaq 'alaih)


Dalam riwayat kedua kitab Shahih Bukhari dan Muslim disebutkan demikian:
Nabi s.a.w. bersabda: "Wanita itu adalah sebagai tulang rusuk, jikalau engkau luruskan, maka engkau akan mematahkannya, dan jikalau engkau bersenang-senang dengannya, engkaupun dapat pula bersenang-senang dengannya tetapi di dalam wanita itu tentu ada kelengkungannya"

Dalam riwayat Muslim disebutkan:
Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya wanita itu dibuat dari tulang rusuk yang tidak akan melurus pada suatu jalan selama-lamanya untukmu. Maka jikalau engkau bersenang-senang dengannya, dapat pula engkau bersenang-senang dengannya, tetapi di dalam wanita itu ada kelengkungannya dan jikalau engkau luruskan ia, maka engkau akan mematahkannya dan patahnya itu ialah menceraikannya"
Sumber: Hadith no. 274, Riyadus Shalihin Jilid 1, Imam Nawawi
Wahai lelaki, cuba hayati hadith di atas. Kata kuncinya ada pada perkataan yang aku bold. Andainya ada lelaki yang rasa entri ini salah sila betulkan aku ya… Aku ini tulang rusuk, jangan sampai patahkan aku.

Nota: belum bersuami ya Winking smile

11 komenteraksi:

Anonymous said... [Balas Komen]

ohhh lelaki...
fhm2 lah kmi kaum wanita...
bisa disentuh dgn klmbutn bkn dgn kekerasan
:)

Menusuk Hati said... [Balas Komen]

assalamualaikum...hehe...tulang rusuk memang sentiasa akan bengkok..n mungkin xpatut diluruskan tetapi cuma perlu d jaga sebaiknya..

miss J said... [Balas Komen]

jangan sampai patah arrrrrr....

toyolkiut said... [Balas Komen]

cuba mmahami se adanya..

Unknown said... [Balas Komen]

Nice entry dear..:)

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Nur Armilla Mejon
Kita sama...aku juga suka disentuh dgn kelembutan...
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@menusuk hati
wa'alaikumussalam...
iya benar...terima kasih banyak ya...
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@miss J
kalau patah maksudnya indada suda di dunia tu lai...
s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@toyolkiut
owh bagus...kita sama² saling memahami ya...
s2

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Pink Diva
owh thanks dear...
kita sama² ya...
s2

Aretikz said... [Balas Komen]

Uhuk2.. eh? enapakan aku yang terbatuk ani lai? haha..

Entri Lelatest
Aurat Wanita : Kelebihan Kesihatan Dan Psikologi

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!