Menang Peraduan Anjuran PTS

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ~

Alhamdulillah! Aku dipilih sebagai pemenang dalam peraduan yang dianjurkan oleh PTS Media Piblication di page Facebook PTS. Aku sudah beberapa kali juga menang peraduan, Churp Churp, baucer & CD dari Says.my. Rezeki.

Selepas saja masuk ke bilik, aku menghadap ke depan PC kejap. Tengok kat Facebook feeds, paling atas adalah status PTS tentang peraduan tersebut. Peraduannya mudah saja,

Klik gambar untuk zoom | Klik sini ke link peraduan

Pemburuan Slenderman Menyeramkan

Berbekalkan sepucuk lampu suluh. Dia sentiasa memerhatikan gerak geri kamu. Tanpa kamu sedari, dia terus menerus mengekori jejak langkahmu. Dibelakangmu. Iya, dibelakangmu lah dia memasang matanya erat ke arah kamu tanpa berkelip hatta sekalipun. Jangan pernah kamu berpaling ke belakang walau sesaat kerna pada waktu itulah dia akan bertindak dan memerangkap sehingga anda terpaksa memulakan semula permainan SLENDER.

Pernah bermain game yang bertajuk Slender? Game ni bergenre seram. Memang mendebarkan juga. Sejuk tengkuk dibuatnya. Walaupun dengan tampilan grafik ringan tetapi dengan kawasan hutan gelap berbekal lampu suluh diseramkan lagi dengan muzik latar yang agak damn menakutkan, nah, pada waktu itu pikiran akan melayang dan sentiasa akan menjangkakan Slenderman ni akan muncul di setiap penjuru untuk menerkam. Memang sangat saspen. 



Renungan Si Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Binatang peliharaan memberikan kita rasa tanggungjawab ke atasnya. Sepanjang kita memelihara pet kita, kita akan belajar menyayangi, menjaga, ambil berat, dan bermacam nilai murni yang lain. Kalau pet semacam kucing ni, mereka bersifat manja, berperwatakan comel serta memiliki bentuk badan yang menarik mata untuk memandang serta membelainya. 

Apabila perkara ini berjaya kita terapkan dalam diri, secara tidak langsung nilai-nilai yang kita amalkan tadi terus diamalkan untuk menghadapi sehari-hari sehingga ianya menjadi kebiasaan. Kiranya, ia semacam terapi dirilah yang mampu membentuk diri kita. Kita akan jadi seorang yang penyayang, penyabar, bertoleransi, handsome, comel, dan bermacam lagi. hehe..

Siapa-siapa yang belum ada pet tu, cobalah pelihara satu. Kucing ka, hamster ka. Pupuk diri menjadi orang yang bertanggungjawab. Terutamanya semasa pet korang tu buang najis merata tempat. huahaha...

Kucing aku, Si Labu

p/s: Nabi Muhammad S.A.W pun sukakan kucing tau. :D

Keliru Tentang Jamak dan Qasar

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra pembaca setia ~

Islam itu mudah. Sentiasa akan ada jalan bagi memudahkan umatnya. Dalam hal jamak dan qasar ini, banyak pendapat-pendapat berbeza di antara ulama' muktabar. Namun begitu kita akan berpegang kepada manhaj bahawa selagi ianya tidak bertentangan dengan syari’at, maka kita seharus sedaya upaya untuk memberikan pendapat yang lebih mendatangkan kemudahan kepada umat Islam. Manhaj ini sebenarnya adalah manhaj Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dijelaskan oleh Umm al-Mukminun ‘Aishah ra: 
 Tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.
Maka perlunya kita mengambil pandangan yang benar dan sahih serta diyakini bagi memberikan kemudahan kepada seluruh umat Islam.


SOLAT JAMAK DAN QASAR

Sembahyang qasar 
- memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar). Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak.

Sembahyang jamak
- mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu.
- 2 jenis : Jamak Taqdim dan Jamak Ta'khir

Solat Jamak dan Qasar ini merupakan sedekah atau hadiah daripada Allah kepada musafir. Namun kita di Malaysia, rukhsah (kelonggaran) yang diberikan ini diabaikan. Antara persoalan tentang Jamak dan Qasar:

1. Hukumnya adalah sunat. Lebih afdhal jika solat penuh
2. Jarak perjalanan mestilah mencecah 2 marhala
3. Meletakkan tempoh masa menetap di sesuatu kawasan
4. Perlu berniat mengikut formulasi niat tertentu


Salam Aidilfitri 1433H / 2012M

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh! 


Hari ini sudah masuk hari ke-lima kita berada dalam bulan kemenangan yakni bulan Syawal selepas sebulan berjuang melawan hawa nafsu di bulan mulia bulan Ramadhan. Oleh itu, di kesempatan ini saya mewakili seluruh ahli keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan Hari Kemenangan ini. Mohon ampun segala kezaliman yang pernah kami lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Mohon ampun sangat-sangat. Semoga Allah menerima amalan-amalan kami & amalan-amalan kalian [1]. Aameen~~ 

Di kesempatan ini juga, saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman perayaan Aidilfitri saya. Tahun ini, keluarga memilih untuk meraikan Hari Raya pertama di kampung halaman mama di Beaufort setelah bertahun-tahun lamanya. Kami sekeluarga sempat tiba di kampung sebelum waktu berbuka, oleh itu sempatlah berbuka puasa sebelum esoknya hari raya bersama nenek, moyang, pakcik makcik & ahli keluarga yang lain. Perasaannya pastilah seronok, dapat menikmati rezeki berbuka puasa bersama orang yang kita sayang, tapi terpisah oleh jarak & ketentuan Tuhan. 

Suasana beraya pertama di kampung mama agak beda dari hari raya yang sebelumnya. Semuanya serba 'sederhana'. Alhamdulillah sangat menyenangkan hati & menggembirakan hati. Kenalah dengan tujuan Hari Raya ini diciptakan oleh Allah untuk kita. Hari Raya diciptakan memang untuk bergembira & bersuka ria, tetapi bukan dengan cara menunjuk-nunjuk harta benda. Hingga ada insan  lain yang tercalar-balar emosinya melihat pameran harta benda saat berkunjung-kunjungan kerana tidak mampu memiliki harta benda serupa. Melihat situasi ini berlaku di depan mata membuatkan saya selalu rindu-rinduan yang amat pada Ramadhan yang baru lima hari berlalu pergi. Saat Ramadhan, ramai orang baik-baik. Apa yang kita lihat & kita alami semuanya baik-baik. Bersangka baik, bersabar, bersyukur, semua sifat yang baik-baik ini melekat pada setiap individu di bulan mulia Ramadhan. Berakhir saja bulan Ramadhan, sifat buruk mulai merayap keluar. Bukan sedikit, bahkan keluar sekali gus. Kerakusan nafsu makan, kerakusan nafsu berfesyen bersama 'baju raya', kerakusan nafsu bersosial bergaulan bebas lelaki & perempuan, semuanya rakus-rakus belaka. Padahal baru lima hari Ramadhan berlalu pergi, belum lagi lima minggu, lima bulan... Itukah yang kita  maksudkan dengan 'kemenangan'? 

Saya bukan marah, bukan juga niat untuk bersedih hati di hari raya. Cuma sedikit sayu, sayu yang datang tiba-tiba, sayu yang dikirim oleh Allah buat aku nikmati dengan tenang. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua.... 


[1] Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna waminkum / semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu" [Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]



Nota: Bersederhanalah... Bersederhana adalah jalan yang terbaik...:)