Pasar Malam Kokin


Assalamu'alaikum..!

Asal kakiku menjejak ke Kokin, terasa-rasa di hujung lidahku mee goreng ayam masakan pakcik di pasar malam nun dekat tepi laut. Ada sebahagian manusia rasa geli atau jijik untuk duduk menjamah makanan di sana, tapi aku seronok & betul-betul dapat menghayati makna sebenar makan.

Mee goreng ayam!!! Menu wajib bila aku bertandang ke sana. Mulanya kakandaku yang memperkenalkan tempat ini denganku. Sekali aku rasa, fuhh!! Nyanyat bah aku pergi makan di sana. Aku ajak kawan-kawanku, semuanya suka!

- mee goreng ayam pasar malam Kokin -

Aku kalau orang sudah suka, semakin bertambah-tambah semangatku untuk jadi promoter. Aku berani jamin, memang tak rugi berkunjung ke sana. Harganya pun berpatutan, semurah RM3.50 sahaja & banyak pula tu {selalunya aku akan berkongsi dengan kawanku, sebab terlampau banyak. Penuh piring!}. Layanan, memang istimewa. Senyuman pakcik tukang masak & makcik pembuat ABC memang manis, kalah aku. So.... kalau mau turut menikmati perasaan yang aku & kawan-kawanku alami, cubalah sendiri!

- wajah kegembiraan -

Alamat: Pasal malam Kokin. Kalau dari Sinsuran, letaknya lorong kedua dari kiri & gerai no. 2 dari depan.

p/s memang berbaloi...

Rasa @

5 komenteraksi:

ZWAN SABRI said... [Balas Komen]

Aiseyh, nampak mmg menyelerakan..
terliur tengok.. huhu..

Finie Ramos said... [Balas Komen]

Kokin tu dmna?
Pasar mlm adlah tmpat yg best~!!

Finie Ramos said... [Balas Komen]

oh..ada pulak tbaca 'alamatnya' ~ sna mmg best! buat apa mo geli?d sna la tourist sllu pegi..smpai msuk dlm TV lg utk promote sabah! BEST!

♥ Teacher Nonoi ♥ said... [Balas Komen]

Naaaaaaaaa.. ada bakat suda dia jadi promoter.

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Zwan. ya, memang sedap Bro! gua guaranteed u..ehe.

@Finie. Kokin=Kota Kinabalu.

@Nonoi. Bah, jgn kasi lama...eheh.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!