Lazada Malaysia
adf.ly - shorten links and earn money!

Pikat & Kabur


Tertarik dengan keayuannya,
terpegun dengan kecantikkannya, 
terpikat dengan kelembutannya.

Aku buat keputusan mahu mendapatkannya walau apapun halangan,
aku pun mula mencari jalan untuk memikatnya.

Macam-macam cara.
Aku beri belaian mesra, kurang menjadi.
Aku bagi layanan manja, kurang juga menjadi.
Aku berfikir dan terus berfikir, apa lagi cara yang aku ada untuk memilikinya.
Aku dah sangat jatuh hati padanya.

Tak kira, aku mahu juga...
Kalau cara berlembut tidak kau melembut.
Terpaksalah aku mengasari pada kelembutanmu yang membuatkan aku terpikat.

Aku mencari jalan, jalan yang aku pikir adalah satu jalan yang bernas tapi agak kasar.
Apa boleh buat, kau sudah memaksa aku.
Aku pergi menyiapkan perangkap untuk kau aku miliki.

Hahahahahaha!! Akhirnya...
Kau milikku...
Aku tidak sabar untuk memeluk dan membelaimu di ruang lenaku...
Setelah mendapatkanmu, aku perlu membawa kau ke tempat aku...
supaya senang aku melayanmu.....

Ya! Tiba pun di sini..
Mari aku baringkan kau di katilku,
kau nampak takut ya...
tidak apa, hari pertamamu semestinya begitu...
Kau tunggu sebentar ya, ada aku mahu berikan padamu.....

Aaaaaaarrrggghhh!!

Mana kau pergi?? 
Sial, Persetan.

Aku dah kurung kau masih lari.
Aku terkedu dan terpaku.
Kesukaanku sudah pergi meninggalkanku.
Rasanya melalui jendela yang jaring padanya sudahpun koyak.

Sial, Persetan.

Aku mencari dan terus cari tapi tidak juga jumpa.
Ke hutan aku, ke semak samun aku, ke perumahan pun aku.
Tiada, dia sudah tidak kutemui.


CERITA PINDIK TENTANG AKU & Si LiNGKUK  [Si Kucing Parsi]

Bersama saudara jauh Si Lingkuk

3 komenteraksi:

zurina said... [Balas Komen]

Sedehnya si lingkuk lari..nda sempat membelai-belai si lingkuk..
nah tu lah, lain kali mekong2 lg..rasain..hoho..

Pengarang said... [Balas Komen]

Ko la tu..kono2 sgp cuci taik la..sgup cuci kncing la..tgk2 g kabur da...skg ko gak y mlopong..keh2

Pink Diva said... [Balas Komen]

andu vha..cian c lingkuk ..hehe:)

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!