Gangster On Duty!


Kisah benar ini telah ditokok tambah menjadikan genre cerita ini ialah kisah separa benar.

............................................

Aku menerima arahan untuk menghantar barang ke sebuah kawasan yang telah ditetapkan. Barang tersebut adalah suatu yang sangat mustahak. Tugasanku kali ni bukan calang-calang kerana prioriti barang ini sangat tinggi. Melalui arahan yang aku terima, barang tersebut mesti sampai tepat pada masanya dan dalam keadaan selamat. Memang inilah perit getir hidup seorang gangster sangkut seperti aku.

Aku pun berfikir sejenak untuk menenangkan fikiran. Sambil kepalaku berfikir habuan yang akan aku terima selepas selesai melaksanakan tugasan berat ini. "Tenang Pen. Kamu kan Pendekar." Bisik diriku.

Setelah mengambilkira dan menghitung segala kemungkinan, aku gagahi diriku untuk menghantar barang tersebut ke destinasi beronak duri itu. Aku melangkah ke tempat tersebut dengan berpakaian santai. Tapi jangan silap, disebalik kesantaian aku terdapat senjata yang aku sembunyikan sebagai pelindung aku kalau ada sesuatu yang terjadi.

Matlamatku sudah hampir tercapai. Destinasi tersebut semakin hampir. Misi aku akan berjaya. Habuan bernilai sudah bermain di mindaku.

Tinggal hampir 5 langkah untuk aku serahkan barang tersebut kepada pemiliknya, aku telah diserang secara ganas dan tidak berperikemanusiaan. Aku telah diherdik raung diikuti gertakan demi gertakan sehingga aku hampir tumpas.

Bunga yang aku genggam untuk diberikan kepada rakan ibu itu hampir saja rosak. Nasib ketangkasanku untuk menghalau anjing berkesan. Petua tersebut memang berkesan. Sebenarnya silap aku juga, yang aku jeling anjing tu apa pasal. Mungkin anjing tu pun rasa meluat tengok wajah aku yang fotogenik ganas ni. Dengan senjata petua, anjing tersebut melarikan diri tanpa arah. Aku pun menolak dongakan kepala menandakan aku telah berjaya menewaskan musuh tanpa diundang itu.

Akhirnya, bunga kiriman ibu kepada rakannya selesai aku laksanakan dengan jayanya. Seperti yang dijanjikan, aku telah mendapatkan ganjaran aku. Aku mendapat RM1. Apa lagi. Aku pun pergi bertikam!

............................................

Kejadian ni berlaku pada usia aku darjah 4. Masa ni rambut pun belah tengah lagi. Ehehehe.


p/s : Dear encik-encik Director di Malaysia, hentikanlah buat filem seram. Boring!!!!

11 komenteraksi:

Mohd Khairie Tumin said... [Balas Komen]

woOo gangster!!! =)

Cinoi said... [Balas Komen]

wah style mcm crita hong kong kan. mmg bgs syamsul yusof ni dia byk idea dan kreatif.

silent screamer said... [Balas Komen]

@Mohd Khairie Tumin
Gangster hantar bunga...
s3

silent screamer said... [Balas Komen]

@Cinoi
A'ah. Salut aku dgn kebolehan dia tau. Aku rasa dia rajin buat kajian/perbandingan dgn filem luar. Tu pasal filem dia pun power² juga..kan...

Unknown said... [Balas Komen]

Tiada satu pun filem2 di atas yang sudah aku tengok. Jadi, nda dapat komen. Filem Malaysia-Melayu yang terakhir aku tengok = "Nek Limah Gila Buat Orang Gila". It made me sick, therefore, it can't be helped. s3

silent screamer said... [Balas Komen]

@samizul.net
Ehehe. Makanya ditonton. Aku sarankan ko tengok tu Evolusi KL Drift 2. Memang cun.

Kalau "Nek Limah Gila Buat Orang Gila" tu mmg tak syok la. Jalan cerita hancus. Lucu pada perbuatan dan kata-kata saja ba tu filem.
s3

Anonymous said... [Balas Komen]

tahun ni musim filem seram mengkali

Unknown said... [Balas Komen]

@Alfian J. Muahua3.. Okay, nanti aku cuba tengok tu. Kumpul duit dulu beli VCD, ehe.. Syamsul Yusof ni anak Yusof Haslam bah kan? Oho3, okay..

s2

ONN said... [Balas Komen]

Astaganegarakumalaysia!!!!! Mati ketawa ja ak baca cerita gangster ko!! hahahah!!!

silent screamer said... [Balas Komen]

@samizul.net
A'ah sam. Dia la tu. Boleh dikatakan pengarah muda berjaya la. Ehehe..

silent screamer said... [Balas Komen]

@ONN
Ahahahaha...
s3
Pengalaman ba tu dari kecik. jdkan dia cerita sikit untuk menokok unsur humor. Ngehehe.....

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!