Cinta, Wanita & Facebook

Bismillahirrohmanirrohim...

2 hari yang lalu, aku menonton Buletin Utama di televisyen. Kisah "Jenayah Cinta Siber" begitu menarik perhatianku. Di Malaysia, jenayah ini mula dikategorikan sebagai jenayah yang "sangat berbahaya", di mana terdapat 1034 kes direkodkan dalam 11 bulan pertama tahun ini dan melibatkan kerugian sehingga 45 juta ringgit. Kebanyakan kes ini melibatkan wanita-wanita kaya yang kesunyian, terperangkan dalam cinta lelaki Afrika {atau bahasa mudahnya lelaki Negro}. Ngeri! Klik pautan

Beberapa hari yang lalu pula, di dalam akhbar yang lebih kurang sama ngerinya, "Facebook Punca Cerai". Di London, gara-gara aktiviti-aktiviti di dalam Facebook boleh dijadikan bahan bukti penyelingkuhan pasangan, maka berlakulah banyak kes penceraian. Sangat mengerikan. Klik pautan.

Rabu Bisu #6: Anak Buahku {Si Labu}

 

Masa Depan

Kau bercakap tentang masa depan 
Yang kau sendiri pun tidak tahu 
Apa maksud masa depan itu 

Kau bercakap seolah-olah kau telah sampai ke masa depan 
Kau bercakap seolah-olah kau telah tiba ke Luh mahfuz, membaca kitab-kitab amalan 
Kau bercakap seolah-olah kaulah Tuhan. 

Kau nak jadi firaun? 


Nota: maksud sebenar masa depan itu ialah 'kuasa Allah', yakni USAHA+DOA+TAWAKKAL. Atas kuasa Allah, yang tak logik pun boleh jadi logik.

Petisyen Mansuhkan Wang Hantaran

Assalamu'alaikum, salam mesra...

Petang ini, sebelum mandi, aku sempat dengar sebuah tazkirah di radio. Tentang perkahwinan & pembaziran. Sikap manusia-manusia sekarang yang suka meniru-niru orang lain & ingin menjadi orang lain. Inginkan sebuah majlis perkahwinan yang gah, mahal-mahal, padahal tidak mampu. 

Lepas mandi aku asyik terfikir-fikir perkara ini. Betul! Masyarakat sekarang {Malaysia khususnya}, tiada RM10 000 tidak boleh kahwin, untuk belanja walimah kononnya, menjamu para tetamu. Menurut ustaz itu lagi, yang wajib itu nikah, walimah itu hanya sunat. Sunat atau sunnah, seperti yang kita semua maklum membawa maksud buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa-apa, hatta dosa. Jadi, buatlah semampu-mampunya & ala kadar saja. Sekadar menjamu tetamu dengan kuih-muih & air teh pun boleh kalau setakat itu kemampuan kita. 

Kahwin Ekspress

Di sebuah majlis pertunangan keluarga, aku ajak kawan lelaki istimewaku untuk hadir sama. Tengah makan-makan, habis aku disoal siasat oleh makcik-makcik dan 'orang kampung'. "Orang mana kawan kau itu?", "Tinggal mana?", "Anak siapa?", "Kerja mana?". Di penghujungnya dalam bahasa bajau "Suun no yo mendo" atau dalam bahasa melayunya "Suruhlah dia berbini".

Aku, "Kahwin teruslah nanti. Sekali jak majlis, nda payah buat dua kali. Jimat". Makcik itu, spontan tapi dalam nada yang agak keras "Kahwin Ekspress sab itu tau".

Eh, ada pula macam tu? Apa-apa pun, selamat bertunang saudaraku! Semoga cepat-cepat kumpul duit hantaran. Ya.


Nota: Perkara yang sepatutnya dibantu untuk dipermudahkan, malah disusahkan & dibebankan pula. Pelik.