Cekguku Tercinta

Tidakku sangka-sangka, sambutan hari guru di tahun pertamaku sebagai guru dirai meriah oleh anak-anak murid. Sayang juga diorang dengan guru yang baru masuk 5 bulan diorang ni. Tengok saja kepala surat dari anak murid 5 tahunku ni. Sunggoh manis dan berunsur bodekan.


Aku pun bertanya, "Hari ni ramai bawa hadiah ni sempena hari apa? Siapa yang tahu?"

Semua kaku diam membisu. Lalu seorang muridku bersuara memecah suasana sunyi, "Tidak tahu, cikgu. Mak yang suruh bawa."

"Oooowh!", aku mengiya panjang.

Ibubapa prihatin adalah ibubapa penyayang.

Tabika KEMAS Kesuapan : Selamat Hari Guru

Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke-5 aku jadi tenaga pendidik di Taman Bimbingan Kanak-kanak. Bertugas di Pulau bukan suatu yang mudah dan tidak juga sesukar mana. Aku sahut dan jadikan tugasan ini sebagai ladang pahala terbaik sebagai bekalan amal yang akan dikira. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada semua anak didik aku. Jadilah insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamin.


Aku Menguap, Kamu Menguap Sama




Bismillah.
Kalau anda sedang menguap sekarang sila kawal bukaan mulut dan tutup mulut. Nanti syaiton ketawakan kita yang sedang menguap. Menahan menguap sekadar mampu. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW, bahawa baginda bersabda yang bermaksud:  

"Sesungguhnya Allah Taala suka apabila orang bersin, lalu dia mngucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak setiap Muslim yang mendengarkan pula mengucapkan 'Yarhamkallah'. Adapun menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Baca lebih maklumat tentang menguap: Why is Yawning Contagious?

Berkreatif dengan Origami Penanda Buku

Bismillah.

Budaya membaca membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imaginasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca. Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan.

Mukadimmah diambil dari blog Sekali Pensel Diraut. Begitulah pentingnya membaca yang mampu mendidik masyarakat bertamadun dan memberikan sumbangan besar kepada kemahsyuran sesebuah negara. Tetapi sebelum itu, kita perlulah menerapkan budaya membaca dalam kehidupan kita. Perkara yang sentiasa berlaku kepada pembaca buku ialah mereka terpula untuk menandakan kawasan terakhir bacaan samada sengaja atau secara tidak sengaja. Oleh itu, kaedah terbaik selain melipat bucu kertas ialah dengan meletakkan penanda buku atau bookmark.

Untuk mendidik minda menjadi kreatif, pelajari membuat origami penanda buku. Anda pasti menyukainya. Ini antara penanda buku yang saya buat sendiri.


Jikalau anda juga berminat, boleh belajar membuat origami penanda buku melalui video tutorial ini.
• Origami Penanda Buku di bucu kertas http://youtu.be/IqlBicMAOEc
• Origami Penanda Buku dengan ekor http://youtu.be/gml2j4bvT88
• Origami Penanda Buku berbentuk Neko http://youtu.be/beX_g5L4t9U

Tiada lagi masalah lupa muka surat terakhir dibaca selepas ini. Selamat mencuba! 

Marhaen, Kau Punya Kuasa

Marhaen, apa yang kau takutkan?
Kau punya kuasa, kuasa besar
Tapi ada yang dibutakan oleh saguhati celah gigi

Marhaen, apa yang kau takutkan?
Kau punya kuasa, kuasa besar
Kuasa yang mampu ubah situasi

Marhaen, tampil dan kuatpadukan genggaman aku, kamu dan kita
Ayuh tentukan halatuju yang kita semua mahukan
Bukan ikut telunjuk insan yang kita lantik
KITA PUNYA KUASA!