Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana
kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang
ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.
Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu".
Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil
menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan a
ku.
"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.
"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.
"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro
tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."
Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan
kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV
tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit
senyuman di bibirnya.
TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE
Wrestlemania.
Fuhh!