Bila Diri Dihargai

Keratan kecil datang padaku, tertulis...

APA YANG AKU SUKA TENTANGMU...
  • Baik hati
  • Murah senyuman
  • Comel
  • Berkeyakinan tinggi
  • Pandai memasak
  • dll

Pernah Gagah

Dilihat dari satu sudut,
ibarat kaulah terhebat.

Melakar jaya,
ibarat susah untuk dicabar.

Di awalnya semua tampak sempurna,
ibarat mampu untuk dijulang sebagai juara.

Namun menuju pengakhiran,
seperti ada yang tidak kena,
semangat gah dulu hilang entah ke mana,
perjuangan kini sudah tidak bermaya,
melawan yang lemah tapi kau yang di gertaknya.

Kemasukan tenaga baru belum jua berupaya merubah,
mungkin perlukan masa untuk serasi bersama.

Bangkit! Semarakkan kobar juangmu!

Aku Pergi Bertikam!

Grrrr!

Aku betul dalam keadaan marah. Aku marah dan membara! Aku terdengar khabar yang rakan sebayaku Jujai telah menikam rakan kami sendiri, Kojek dan mengena tepat. Aku dengan hati yang baran diselaputi dengan sedikit rasa kepedasan kerana sedang menjamah jeruk mangga bersambalkan sambal belacan pedas rasa mahu saja menikam Kojek. 

Aku terus mengorak langkah. Sebelum ke muka pintu aku capai duit syiling berjumlah sembilan pusen di atas almari tv. Keluar saja dari pintu, aku tertanya-tanya milik siapa duit sembilan pusen tu. Ah! Lantaklah. Dengan mengenakan seluar bercorak petak-petak dihiasi pula koyakan pada bahagian tepi sebelah kiri, aku meluru ke kawasan kawanku ditikam.


Geram! Marah! Semua berbaur dalam perasaan aku yang mempunyai naluri sayangkan kucing ni.

"Oi! Kau kah menikam Kojek tu?", jeritku pada Jujai. Dia kelihatan cemas sehingga terjatuh duit syiling dari genggaman tangannya. Kojek pun berada disitu melihat kelakuanku dengan penuh hairan dan terkejut.  


Antara Yakin Dan Curiga

Ada sesuatu yang terbuku
Di satu sudut hati kecilku
Melonjak rasa nak kuluahkan
Tapi bibirku bagai tertekan

Peniaga Kegemaran

Sedutan kisah aku dengan peniaga kegemaran aku di kala bergelar seorang budak kiut berbelah tengah.
.......................................................................

Pada satu hari, aku dengan tidak berselipar terus berlari menuju ke arah kenderaan yang bernyanyi tu.

Aduh!

Punya sakit kaki aku terpijak batu tajam. Habis kakiku yang pernah memenangi pertandingan "kaki paling menawan semasa basah". Itulah tidak pakai selipar.

Sebelum sempat sampai ke kenderaan tu, aku sempat menoleh belakang kerana terdengar suara manja tapi bernada sedikit radang. Aku nampak adikku melambai ke arahku. Dia memberi isyarat duit ku ketinggalan di atas kerusi yang dulunya empuk berlapik kusyen warna hijau bunga-bunga.

Staaga.