Aku Peminat Siti Nurhaliza

Assalamua'laikum~

Dalam hidup ni, kita perlu hormati orang supaya orang pun akan menghormati kita. Begitulah juga macam mana aku menghormati seseorang insan di muka bumi milik Tuhan ni. Ianya semudah, "Hormati orang lain, kita dihormati". Tapi ada sesetengah orang, mahu diri dihormati tetapi diri sendiri tidak menghormati orang lain. Kita sentiasalah ingat mengingati.

Ini Jodoh, Bodoh (by Wani Ardi)

Ok hari ini
aku nak share something
orang kata sharing is caring betul?.....

jadi, sambil-sambil
punggung anda berlabuh
di kerusi malas itu

Apa kata renung-renungkan ini
selamat beramal!

Tag oleh Lina Ramsah

Assalamu'alaikum...!
Dalam banyak-banyak tag, inilah tag yang paling saya mahu elak sangat sebenarnya. Tapi, kakak cantik Lina Ramsah tag saya pula. Kalau orang lain saya mesti tidak mahu buat, tapi Kak Lina. Terus saya excited mahu buat. Mari kita mulakan.

Pahala di Singki

Assalamu'alaikum..!

Seperti hari-hari biasa, lepas makan aku akan stay di singki dapur. Buat apa lagi? Cuci piring dan segala periuk belangalah. Kami sekeluarga sudah dilatih untuk cuci pinggan sendiri lepas makan. Tapi seperti biasa, aku akan lebih awal habis dan akan meminta diri untuk ke dapur.

Semalam, aku awal habis makan {makan sikit katakan}. Diorang adik-beradikku memang senang hati kalau aku ada di singki tu. Tidak payah cuci piring sendiri. Datang adik perempuanku, Azyan. "Kakak, tulung bulih?" suaranya merdu dan sayu, macam kepenatan sangat lepas seharian ke sekolah.  Aku pun lembut hati "Boleh dik". Lepas tu, datang pula adik lelaki, Aliff. Sambil tersengih, dia meletakkan piringnya di singki "Ambik kesempatankah ging?" kataku dengan nada biasa. Dengan spontannya dia menjawab "Ndak. Bagi pahala". Aku tertawa. Comelnya jawapan adikku kan...

Cinta Ibarat Hantu

Assalamu’alaikum..!

Minggu ni merupakan minggu akhir drama Tiramisu slot Akasia TV3. Jam 7 hingga 8 malam. Slot ni memang slot kegemaranku. Sambil-sambil lipat kain {uiseh macam rajin. Patutnya aku tulung bondaku siapkan makan malam}, aku hidangkan mata dan mindaku dengan cerita melayu. Sebenarnya aku memang peminat drama melayu. Lagi-lagi drama arahan Khabir Bhatia.

Cerita Tiramisu ni boleh aku kategorikan dalam "boleh-bolehlah". Kalau ketinggalan beberapa episod pun aku tak kisah sangat. Macam lebih kepada cinta dunia semata-mata dan kadang tak masuk akal. Mustahil terjadi dalam hidupku, so susah aku bayangkan diriku jadi watak utama.