Tempat Simpan Duit

Assalamu'alaikum..!
Pada suatu hari yang indah. Aku dan kakanda ke Kokin untuk menyelesaikan suatu permasalahan. Dipendekkan cerita, kami kena membuka satu akaun bank. Nama bank tu rahsia. Aku bukan tak mahu bagitahu, cuma di sini aku mahu puji sikit tentang kebaikan bank tersebut. So tak bolehlah aku sebut namanya kan.

Botol Kecil

Suatu hari,
posmen bermotor singgah ke teratakku
membawa bungkusan lalu diserahkan padaku
dititip seseorang yang tak kukenali
Aku buka,
ku lihat ada tinta kalimah buatku
lagi aku pening ada botol kecil dititip bersama 


Botol Kecil

Aku buka botol itu,
keluar seekor toyol comel
lalu berkata "Lap tahi mata dan air liur basimu, kau sedang bermimpi!"

p/s kata orang tua, basuh kaki sebelum tidur. Alang-alang sudah pegang air, berwudhulah sebelum tidur Nerd smile

Tahi Lalat

Assalamu’alaikum..! 


Semasa aku menonton Malaysia Hari Ini {MHI} pada pagi ini. Seorang penyanyi baru dijemput ke studio. Muzzy {adik kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh}. Padaku Muzzy ni tidaklah handsome sangat, tapi tahi lalat yang terletak di atas keningnya menarik perhatianku. Kenapa? Sebab orang yang ada tahi lalat ni kelihatan lain dari orang yang tiada tahi lalat. Lagi-lagi yang terzahir di bahagian wajah. Nampak ganjil. Tapi dalam ganjil-ganjil tu, ada manisnya. Kenapa aku perlu fikir sangat pasal ni?

Peraduan Percutian Terhebatku

Assalamu'alaikum..!

Peraduan Percutian Terhebatku - Nieja Maksit

Sebelum menjadi lagenda di dalam dunia blogging ini, aku dengan besar hatinya ingin menyertai sebuah peraduan yang dianjurkan oleh bestfriend alam mayaku {Cik Aznieza Maksit}. Belum bertemu di alam realiti, tapi kami selalu bertemu di alam maya. Seperti sudah saling mengenali antara satu sama lain semenjak kecil. Mungkin kerana sifat ramah dan baik hatinya, buat aku tidak kekok bila saja berinteraksi {Uiseh! Jek penganjur bah}. Kalau mau join silakan baca syarat-syaratnya di blog wanita cantik ini.

Hujung tahun 2010 yang lalu. Aku mengalami  percutian yang aku kira paling hebat dalam hidupku buat masa ni. Kerana aku bersama dua insan yang aku kasihi: bonda dan adinda tersayang. Mungkin orang lain sudah lama mengelilingi negeri Sabah bumi di bawah bayu ini. Tetapi aku? Selewat umur 22 tahun, baru aku berpeluang melengkapkan peta negeri Sabah yang aku sediakan khas untuk diwarnai dengan warna hijau lepas aku menjejakkan kaki ke satu-satu tempat. Dengan sampainya aku ke Kunak, Tawau dan Semporna pada tahun lalu. Maka menghijaulah peta Sabahku yang pada asalnya berwarna putih.

Gong Xi Fa Cai

Gong Xi Fa Cai
Assalamu’alaikum..!

Hari ini, aku mewakili 2 orang kakandaku Alfian dan Kamato ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh bangsa cina yang meraikannya, siapa saja, di mana saja.

Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada bekas teman-teman sekuliahku sewaktu di universiti dulu. Teristimewa buat Jin Jin, Pau Woen, Bee Hoon, Han Ming, Ah Soon, Chin Tai, Yen Bien, Men Men, Say Liang, Hon Eong. Arghh! Ramai sangat. Dan pada semua, walaupun tak dapat sebut satu persatu. Mungkin diorang tak sedar pun ucapan istimewa yang aku nukil buat diorang di sini ni. Harapanku semoga perayaan pada tahun ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya.

p/s Salam sayang dan rindu selalu Red rose

Rai @