Pada tahun 2015 ini, satu sindrom aneh telah membelenggu rakyat
Malaysia. Sindrom ini amat-amat mengjengkelkan dan membuatkan orang
lain mudah marah dan mencarut. Sindrom ini diberikan gelaran singkat
sebagai Sindrom AM.
Sejak dua menjak ni, rasa simpati dengan mereka yang bernama Najib. Yalah, kerana seorang Najib, semua Najib lain terpalit. Sedangkan nama sipi-sipi macam Ajib pun terbabit, inikan pula yang bulat-bulat bunyinya Najib.
Tetapi kini rasa tu semakin surut lepas dengar cerita si Najib yang amanah. Najib penyimpan handphone.