Pelayar Berilmu

Assalamu’alaikum..!

Suatu hari di dalam kelas. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa  kumpulan oleh seorang guru yang baik lagi sporting. Setiap kumpulan perlu membuat suatu perbincangan dan membentangan hasil yang mereka perolehi.

Di dalam kelas tersebut, duduk seorang pelajar lelaki yang sangat bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa. Namanya pun seperti seorang pelayar hebat, aku pendekkan A.D.A. Seboleh bolehnya, dia akan cuba memahami setiap yang dibentangkan oleh kumpulan lain dan akan bertanya sangat banyak soalan. Yang kadang macam boleh dijawabnya sendiri.

Siap Siaga

Kring kring bunyi loceng
jaga siap cantik indah
ku subuk, ku subuk
masih dan masih lagi
ngorok ngorok dalam selimut
punyalah mereka ni...

Nota: bagus aku turut ngorok Rolling on the floor laughing

Misteri Sebalik Tawa

Hati bingung dan gundah gulana
buat segalanya bagai tak kena
selalu hadir dalam kepala
buat tersenyum buat tertawa
kadang rasa bagai mahu gila
sungguh payah mentafsirkannya
Apakah ia.....

CINTA

nota: pinjamkan kamus agar aku bisa mentafsirkan

Bicara @

Separa Lengkap

Pabila kau percaya,
ia pasti ada.

Pabila kau yakin,
jisim pemangkin.

Pabila kau mati,
kau mati.


Akhir cerita. Titik.

Dapatkan Ganjaran Mudah dengan ChurpChurp

Assalamua'laikum~

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah. Ayuhlah kita meraikan dan menghayati Maulidur Rasul pada tahun ini. Semoga kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Disini, aku mahu kongsikan cara mendapatkan ganjaran dengan hanya tolong mempromosikan iklan sahaja yang dianjurkan oleh ChurpChurp. ChurpChurp ini bolehlah dikatakan sebagai adik kepada Nuffnang. 

ChurpChurp
ChurpChurp adalah projek yang dihasilkan dibawah naungan Nuffnang. ChurpChurp  merupakan platform pengiklan bagi mempromosikan dan memasarkan produk mereka. ChurpChurp merupakan perantara kepada pengiklan dengan pelanggan mereka di laman internet. Tugas Churper, panggilan ahli yang berdaftar dengan ChurpChurp, hanyalah membantu untuk mempromosikan iklan tersebut. Maklumat lanjut, disini.