Tas Tangan

Assalamu'alaikum...!


Cuba lihat gambar di atas baik-baik. Amat-amati & fikir-fikirkan, apakah ia?

Dua Hati Menjadi Satu

Hujung-hujung tahun ni, pasti ada saja kad jemputan majlis perkahwinan sampai ke rumah. Di mana merupakan penyatuan dua hati menjadi satu. Fenomena ini dipanggil musim kahwin.


Hujung-hujung tahun ni juga selalu hujan & sejuk. Kadang rasa malas mahu keluar rumah, rasa macam mau tidur dengan selimut tebal. Fenomena ini pula dipanggil musim tengkujuh.


Apa pula kaitan antara musim kahwin & musim tengkujuh? Mesti kalian pernah dengar orang-orang tua berkata "Hari ni hujanlah, si Anu kahwin. Mesti ramai anak.. Ehehe." Karut betul orang-orang tua ni kan. Dulu aku pun rasa ia karut & tak masuk akal. Tapi sebenarnya ia memang logik & pasangan yang sudah berkahwin pasti setuju! Ini kerana... Musim hujan kan sejuk, so rasa macam mau tidur ja. Kalau ada isteri di sebelah, lagilah siok tidurnya. Tak lama lagi dapatlah orang ke-3. Opss.. Tak boleh lebih-lebih. Kalau mau orang ke-3 kena kahwin dulu ye... Tahun ni aku telah diundang ke beberapa majlis perkahwinan. Maaflah andai ada jemputan yang tak dapat aku penuhi, tapi aku tetap akan titipkan doaku buat kalian: 




"Semoga Allah memberi berkah kepadamu & kepada apa-apa yang diberikan-Nya padamu, serta semoga Allah menghimpunkan kalian berdua di dalam kebaikan" (Riwayat Abu Daud).


p/s: Kalau kahwin jangan lupa jemput...:)

Lipat Kertas

Uji minda: Berapa kalikah bilangan lipatan maksimum apabila sehelai kertas dilipat menjadi separuh, kemudian separuh, separuh & seterusnya separuh sehingga tidak dapat dilipat lagi? Tanpa mengira saiz kertas tersebut.

a) 6-7 kali

b) 10-12 kali

c) lebih daripada 13 kali


Jawapan kamu?? Teruskan untuk mengetahui jawapan~~~

Ikatan Hati

Dulu,
kami...
selalu bersama, 
sering bersama, 
sentiasa bersama.

Kini,
kami... 
tidak lagi bersama. 
tidak bertemu, 
tidak menatap, 
tidak mendengar, 
tidak menyentuh... 
antara 1 sama lain.

Tapi,
kami... 
tetap merasa. 
kemesraan, 
keakraban, 
kehangatan, 
keriangan, 
keceriaan, 
keseronokan, 
keindahan, 
di dalam berkasih sayang.

Kerna,
kami... 
punyai ikatan hati. 
tak pudar dipukul ombak, 
tak goyah ditiup kencang, 
tak retak dipanah petir, 
tak punah disapa badai, 
tak luput dimamah usia. 


p/s: Hanya yang merasa akan faham. Fahami & nikmatilah! 

Topeng Kehidupan

Bahagia ku cari, derita ku temui.
Derita ku buang, bahagia ku hilang.

Tawa riang senyum ramah
bagai tak kenal makna duka
berlawak jenaka setiap masa
Rupanya menyimpan beribu rahsia

Tak payah cipta cerita
tak payah menduga-duga
sungguhpun hidup diselubungi derita
Masih punya hak kecapi bahagia

Mencari dan terus mencari
entah bila kan bertemu
mungkinkah jauh nun di seberang?
perlu aku kejar hingga aku lelah
atau mungkinkah ada di depan mata?
tapi aku buta untuk melihatnya  
Kerana hanya ilusi dusta. Derita ku sangka bahagia, bahagia ku sangka derita.

p/s: Kebahagiaan dalam Penderitaan vs Penderitaan dalam Kebahagiaan. Adakah aku silap andainya aku katakan bahagia & derita sebenarnya saling memerlukan?