Menumpah Bakti Di SKT1

Mendidik itu mulia,
yang mulia itu pahala.

Ternyata mendidik bukan tugas yang gampang.
ada yang perlu dikawal semasa kau mendidik.
samada mendidik protege di usia muda, remaja ataupun yang usia sudah berabad.
apa yang dituntut ialah SABAR.

Bukan Sabaruddin, Sabariah pun bukan, Sabarishnu lagilah bukan...

Tapi sifat sabar yang sangat dituntut,
Bukan kesabaran biasa-biasa,
tapi penuh kesabaran dan disisikan pula dengan ketabahan.
pengalaman mengajar aku dewasa dalam mendidik.
aku sudah boleh tersenyum pabila mendapat tugasan mendidik kelak.
kerana aku faham apa yang terdera semasa mendidik.

Apa?
yang terdera ialah emosi.
emosi seakan mahu saja melibas kaki kiri ini samada di pipi ataupun di perut mangsa pabila katamu tidak diendah.
Namun, atas dasar kemanusiaan dan nilai murni yang aku pegang hasil pembelajaran dahulu di kala usia aku sebaya yang aku didik, 
aku sabar,
aku tahan jiwa radangku dengan senyuman paksa ku yang bernilai jutaan dolar$$.

Bakti telah dicurah,
didikan telah ditumpah,
semoga kamu semua tidak alpa dan bermegah,
untuk kau suluhi masa depanmu supaya cerah.

SKT1 emskopic
Anak didik yang nakal tapi berakal.

DiGi iPhone 4 Real

Semalan aku bermimpi.
Aku didatangi begitu banyak burung dan aku berada di dalam taman bunga yang begitu cantik.
Aku sangat takut kerana burung-burung itu menuju ke arahku. Dan mereka serentak berkata, 
"DiGi iPhone 4 kau tercicir. Nah, simpan baik-baik."
Lalu mereka pun berterbangan di segenap ruang taman bunga yang indah itu.

WOW!
Indahnya mimpi aku.
Bukan pasal burung dan taman bunga lah,
tapi pasal aku mimpi DiGi iPhone 4.

WOW! 
 Seronoknya mimpi aku tu. 
Oh! DiGi iPhone ~~ :D

Aku pun berfikir sejenak~~
Bila iPhone 4 dah dapat,
aku kena buat pilihan yang bijak.
Tapi tak apa, kalau pilih mana-mana pun tetap pilihan bijak juga.
Kan DiGi "Always the smarter choice"

DiGi iPhone 4 Play

Aku pun mendarat selepas penat berterbangan di awangan.
Maklumlah aku kan "THE GREATEST DiGiman ON EARTH" :D
Eh, tak tahu kenapa aku bergelar THE GREATEST DiGiman ON EARTH?
Nah, dah ketinggalan ceritera Superhero. Refer to this Al-kisah

Tapi semua tu masih angan-angan, 
DiGi iPhone 4 belum dihantar lagi oleh DiGi  ke alamatku. :D

Ada apa dengan DiGi iPhone 4?
iPhone 4 ni macam-macam ada...
Boleh dikatakan yang  tiada pun, ada dalam iPhone 4 ni.

Ada apa dengan DiGi iPhone 4?
iPhone 4 ni canggih, teknologi, hype, moden, bergaya..
Lagi-lagi bila dalamnya ada khidmat aplikasi atau dalam bahasa singkatannya apps.

Tahukah anda?
Bila ada apps, ruang di sekelilingku macam ada taman bunga tropika yang indah lagi mekar.
Apa tidaknya, apps ni memeriahkan lagi kesenorokan pada iPhone 4.

Tahukah anda?
dengan adanya apps,segala kebosanan yang terkurung dalam diri anda berubah menjadi mode ingin kahwin kerana kesoronakan yang tidak terhingga.

Dua,
Iya ada dua.
Ada dua apps paling best aku mahu pengalamankan di iPhone 4 ku nanti. 

Apakah ia?

DiGi iPhone 4 Me

" DiGi "

Syarikat telekomunikasi yang aku langgan selama bertahun-tahun.
Yang memberikan aku perkhidmatan "SUPERB"
sampai aku macam tak tahu syarikat pesaingnya.

Dari prepaid ke postpaid.
Aku setia melanggan kerana servicenya yang di atas 1 bagi aku.
Aku hairan, semakin lama aku semakin kemaruk dengan DiGi
Mungkin aku dah tersihir oleh kehebatannya melayani aku.

Aku dah dengar, aku dah terkesan. Apa dia?
Khabaran itu ialah ada DiGi iphone 4 giveaway.

Uiyooooh!


Biqin Taqut

Aku takut dengan amaran ni.
Kalau aku takut, kau pun mesti takut.
Kau tidak pesaya percaya cakap aku?

Kalau ini dah kau terima..
musibah, bencana, gejala sosial, rusak akhlak 
(2 item italic terakhir tidak munasabah)

Kalau kau terima ni..
nangis air mata darah pun tiada gunanya..
tapi kalau nangis air mata darah bagus derma di hospital. 
Hubungi Mantus Boy.

Tapi kalau kau terima ni..
jangan kalau sedih betul, jangan...
pasal ini angkara kau juga
Siapa suruh kau? Kaulah sendiri puncakan..HAHAHAHA

Kalau kau terima ini..
Kau kena berusaha keras semula
Jangan kau putus asa
Salah kau juga
Kasi betul kesalahan kau tu..

Tapi kalaulah kau terima ini,
kau jangan risau ada cara untuk hindari dari ini
Aku info kau dihujung entry.
 
Ini lah bah yang aku maksud ni :