Wasaber's Day

Assalamu'alaikum & Salam mesra..!

28 Mei 2011, lagi satu tarikh yang menjadi suatu tarikh indah lagi bermakna dalam hidupku. Hari di mana berlangsungnya Wasaber's Day dan aku ditakdirkan menjadi salah seorang yang dapat menghadiri aktiviti ini. Bagi yang tidak tahu, Wasaber's Day merupakan satu aktiviti pergumpulan atau pertemuan ahli-ahli WSB atau lebih dikenal sebagai wasaber.

@ 1 Borneo {macam wasaber yang punya, ihihi}

Valley Of The Wolves: Palestine | Filem Turki Kutuk Kekejaman Israel

Assalamualaikum & salam mesra~

Filem telah menjadi sebuah medium penyampaian maklumat secara kita sedar atau tanpa kita sedari. Menerusi filem-filemlah pelbagai ideologi dan fahaman disebarkan, ditayangkan dengan tujuan agar paparan yang disampaikan  berjalan seiring dengan kehidupan seharian kita. Oleh kerana filem sangat popular di era ini, maka kaedah ini digunakan sebaiknya oleh sutradara untuk mengutarakan maklumat serta pengetahuan yang ingin disampaikan.

Seorang sutradara Turki bernama Zübeyr Şaşmaz telah menggunakan metod filem untuk mengutarakan pandangannya terhadap kekejaman Israel. Filem yang dimaksudkan ialah Kurtlar Vadisi Filistin (tajuk asal) /Valley Of The Wolves: Palestine. Filem ini merupakan sebuah filem yang sarat dengan aksi, motivasi dan pengajaran.

Kesilapan Lampau

Assalamu’alaikum & Salam mesra…!

Aku punya sedikit kemusykilan. Puas aku berfikir, puas aku berdiskusi. Aku sambung diskusiku di sini. Sila berikan pendapat kalian yang bernas lagi bijak padaku ya…

Soalan:
“Seandainya kalian sudah melakukan suatu kesilapan pada seseorang, anda lebih prefer untuk ditegur bagaimana?”

Jawapan:
a) Face to Face 
b) Nota di dinding / sistem pesanan ringkas a.k.a sms
c) Status di laman-laman sosial {contoh facebook, twitter, etc.}

Sila pilih. Lagi, bagaimana pula jika kalian yang ingin menegur silap seseorang? Medium apa kah yang selalu kalian gunakan? Huraikan. Terima kasih. Salam sayang.

Nota: Senjata paling hebat di dalam diri seorang manusia ialah akal. Jika diasah dengan baik, ia boleh menjadi perisai dan senjata yang bisa melindungi dan mempertahankan diri dari musuh {Aku petik dari Drama Juvana TV3 episod 5, tapi aku ubah sikitlah. ihihi}

Hadiah dari ChurpChurp! Yeehaaa~

Assalamualaikum & salam mesra~

Tanpa disangka-sangka, aku telah menang hadiah dari ChurpChurp. Hadiah yang aku menang ni hasil dari peraduan #ChurpChurp The Great Race. Iya, itulah yang iklan ada ikon profil Facebook kita sedang berlumba di dalam kereta kiut. Aku pun tidak sedar aku turut serta dalam The Great Race tu. Tiba-tiba aku diisytihar sebagai pemenang. Ini emel yang aku dapat dari pihak ChurpChurp.

Senyum Kambing

Assalamu'alaikum & Salam mesra...

Senyum! {sila lakukan perbuatan ini}

Senyum? Suatu perbuatan yang amat mudah bukan? Tidak perlu keluarkan wang, tidak perlu memerah otak, tidak perlu macam-macam. Hanya perlu gerakkan sebahagian otot-otot di bahagian wajah.

Stress? Tekanan? Sampai tidak boleh senyum? Maaf, tapi aku sangat kasihan pada kalian yang tidak tahu untuk senyum {dalam keadaan stress atau dalam keadaan apa sekali pun}. Lagi-lagi bila orang lain mula menghadiahkan senyuman manisnya buatmu, tapi kalian buat tidak tahu, bahkan mengencang. Hmmps. Sebaiknya, jika ada manusia yang menghadiahkan senyumnya buatmu, terimalah dengan hati yang terbuka dan hati yang senang {yakni senyumlah kembali pada si pemberi senyum}.

Kita sama-sama manusia ciptaanNya. Seandainya senyum kalian jauh dari bibir hanya kerana harta kalian terlebih sedikit dariku, maka ketahuilah ia hanya pinjaman di dunia semata-mata dan ia belum pasti menjamin kedudukan kita di akhirat kelak. Dan jika seandainya kalian terlebih sedikit kecantikan paras rupa dariku, maka ketahuilah kecantikan itu tidak selamanya akan kekal begitu.

Mungkin seekor kambing pun akan turut tersenyum sumbing melihat telatah manusia yang punya perangai seperti ini. Salam sayang dan semoga berbahagia!