Catatan Rindu

Assalamu'alaikum & Salam mesra, 

Seperti tajuk yang tercatat di atas "Catatan Rindu", seperti itu jugalah isi entri ini pada kali ini. Sudah lama rasanya aku tidak menulis dalam keadaan santai begini. Mungkin catatan kali ini agak kosong dan luahan semata-mata cuma, tapi teringin aku abadikan catatan ini di saat aku sedang merasai suatu perasaan yang jarang-jarang orang dapat rasa di dalam blog kesayanganku, Ukiran Janaan Minda.

Hari ini, hujan. Lebat, lebat juga. Tapi tiada kilat atau guruh yang kuat. Nyaman perasaannya. Di saat aku menikmati kenyamanan suasana ini, lembap-lembap, basah-basah, sejuk-sejuk, mudah pula perasaan-perasaan rindu menyapaku. Rindu pada insan-insan yang pernah hadir dalam hidupku. Sapaan yang bertubi-tubi, semua sekali datang. Rindu pada keluarga, sepupu & saudara mara di Beaufort, teman di UMS & B60-07, teman sekolah, adik-adik SMK Pekan II KB, Pengarah & staff Jabatan Kimia Sabah, bekas kekasih, teman EDP, teman WSB, teman di internet. Semuanya datang sekali gus. Ini boleh aku istilahkan sebagai "Rindu Combo". Indah rasanya bila merindui, ayuhlah nikmati bersama.

Ya, mungkin aku memang sangat mudah merindui, itu aku akui. Tapi kadang tidak pula aku nyatakan pada individu itu bahawa aku sebenarnya rindu, sebab semuanya aku rindu. Payahlah kalau aku mahu bagitahu setiap seorang, habis kreditku nanti. Mahu post di Facebook aku malu. Mahu post di Twitter pun aku malu. Jadi, aku berkeputusan untuk mengabadikan catatan rinduku di dalam blog yang tidaklah popular ini. 

Buat kamu yang aku rindu, aku rindu kamu... Siapa? Kamulah! Heh!



Nota: tidak salah mengharap sesuatu yang kamu belum ada, tapi jangan lupa bersyukur dengan apa yang kamu telah ada :)

Rabu Bisu #3 : WSB

Alahai Ayam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu aku pegi la jenguk page Oh! Media kat Facebook. Page ini selalu juga aku tengok update. Seronok juga tengok artikel diorang. Sekali aku ternampak satu artikel kat Oh! Tidak yang bertajuk 'Oh! Rekod Dunia meramas 1000 payudara'. Woah! terkejut juga dan aku pegi lah tengok. Sekali aku terjah dalam entri tu disertakan juga dengan video orang meramas payudara tu. Lantas aku pun terfikir ini bukan benda yang baik. Aku anggap ini terlalu terbuka. Jadi aku pun komen lah. Bagi nasihat sikit. hehe


Nama & Rupa

Assalamu'alaikum & Salam Mesra...!

Siapa namaku? Zurina. Cuba lihat rupa parasku. Memang sesuai dan padan dengan namaku. Ala-ala kampung kononnya sebab macam nama orang dulu-dulu. Entri ini sengaja aku ringkaskan. Sekadar untuk melihat respon kalian, bahawasanya nama dan rupa paras sebenarnya punya hubung kait yang sangat kuat.

Sebagai contoh, lelaki di bawah ini kita semua kenali sebagai Mahathir Mohamad, seorang pemerintah negara yang berfikiran jauh dan disayangi rakyat. Cuba namanya bukan Mahathir Mohamad, tetapi Anwar Ibrahim. Erk? Macam tidak kena kan. Keh keh sekadar contoh, jangan sensitif.
Semoga Allah memberkatimu - Gambar jumpa dari Google


Nota: Nama timanganku di rumah bermula dengan huruf "D". Heh!

Kekarutan 'Happy Ending'

Assalamu'alaikum & Salam Mesra..!

Kalian selalu menonton filem dan drama? Kalian selalu membaca novel? Kalau selalu mesti kalian perasan, pengakhiran sesebuah filem, drama dan novel selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah-indah belaka atau dipanggil 'Happy Ending'.

Aku susah untuk menerima pengakhiran cerita yang sebegitu rupa kerana dalam kehidupan sebenar aku tidak rasa akan ada pengakhiran yang semuanya indah-indah. Kalau ada yang indah pun pasti ada juga yang tidak indah.

Bukan semua filem, drama dan novel yang aku maksudkan, tapi kebanyakan. Aku ulang, kebanyakan. Sampai ada penonton-penonton dan pembaca-pembaca ni terbayang-bayang dan kepingin untuk punya kehidupan seindah dalam filem, drama dan novel itu. Jangan bermimpi wahai. Hidup tidak selalunya indah. Dalam hidup, kau memberi dan kau menerima. Kadang kau beri benda, kau terima semula benda. Kadang kau beri benda, kau terima pula kasih sayang Tuhan.

Okay, aku sudah mula mengarut. Hidup ini sebenarnya memang indah, tapi tidak seindah dalam wayang dan novel. Nikmati sajalah..!



Nota: 2 hari yang lalu aku cuba membaca sebuah novel. Sampai bab 3, pengenalan watak utama yang serba sempurna kejadiannya. Aku hentikan pembacaan dan tutup rapat novel itu lalu dikembalikan pada empunyanya. Terima kasih!