Habuan Besar dari SAYS.MY

Assalamu'alaikum!

Ternyata SAYS.MY sebuah rangkaian yang terbaik untuk buat duit melalui internet. Dalam tempoh sebulan lebih aku bergerak aktif, aku pun cash out pendapatan aku. Mahu tahu lebih lanjut tentang SAYS.MY? Klik sini.

Aku hold pendapatan SAYS.MY aku sampai cecah tahap yang aku inginkan, baru aku cash-out. Banyak sikit aku dapat. Hehe.

 

Kering yang Tidak Disukai Ramai


'Kering'. Selalu dikaitkan orang dengan keadaan tidak cukup duit, tidak cukup wang. Jadi bagaimana pula dengan keadaan tika banyak duit, banyak wang atau baru menerima durian runtuh? Kita mahu panggil 'Basah'?

Tapi. Bukankah keadaan kering itu baik berbanding keadaan basah? Semasa musim kering, kita mudah ke mana-mana mencari rezeki, melakukan sesuatu pekerjaan. Berbanding musim basah, kita sering bermalas-malasan untuk keluar rumah dan malas untuk melakukan apa-apa pekerjaan.

Ramai orang tidak suka 'kering' tapi sebenarnya kering itu baik dan ramai orang sukakan 'basah' padahal basah itu bisa membuatkannya jauh dari kejayaan. Jadi, kalian suka 'kering' atau 'basah'?


Nota: ... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah: 216]

Salam Aidilfitri 1432 H

Assalamu'alaikum & salam mesra...!

Hari ini, 1 Syawal 1432 H bersamaan 29 Ogos 2011. Oleh itu, aku dan seisi keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri serta meminta ampun dan maaf kepada seluruh umat manusia atas segala salah dan silap, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Jubair Nufair berkata: Apabila para sahabat Rasulullah bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain "Taqabbalullah minna wa minkum / Semoga Allah menerima amalan kami & amalanmu"
[Ibn Hajar, Fath al Bari, jilid 5, m/s 270-271]

Kewajipan Berhijab feat. Baba Ali

Assalamualaikum w.b.t~

Artikel ini adalah tentang kewajipan memakai hijab bagi seorang muslimah, dan bagaimana sifat hijab yang dikehendaki syarak.


a. Definisi Hijab

Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain. Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.

b. Hukum Memakai Hijab

Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:


1. Firman Allah Taala:


يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
2. Firman Allah Taala:

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

Mari kita dengar saudara aku Baba Ali  bercerita tentang hijab dan beberapa fesyen hijab pada masa kini.

Annoying Orange yang Memang Annoying.

Assalamualaikum w.b.t~

Ini lah watak 'annoying orange' yang menjengkelkan tapi bahan jenaka yang menjadi. kah3.


Yo, what's up? Wazzup.....~~~ kah3.