Assalamu'alaikum, salam mesra, selamat memulakan hari yang baru...
Pagi ini, seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Aku akan cuba luangkan masaku untuk menghadap kotak televisyen, seawal jam 6.30 pagi, TV3, keratan akhbar, Malaysia Hari Ini. Bagi yang turut sama-sama menonton pasti tahu, bukan sekadar keratan akhbar yang dikongsikan, tetapi juga diselitkan dengan bingkisan dan laporan-laporan menarik yang boleh menambah pengetahuan dari serata dunia.
Pagi ini, aku tiba-tiba rasa excited untuk menulis sejak entri terakhirku pada penghujung tahun lalu. Aku ingin kongsikan ilmu yang aku perolehi daripada laporan khas dari negara jiran, Indonesia. Di dalam banyak-banyak wilayah yang terdapat di Indonesia, terdapat beberapa wilayah di sana yang terkenal dengan industri pembuatan rumah kayu atau terkenal dengan jolokan "Rumah Tahan Gempa". Salah satunya ialah wilayah Woloan.
Mengapa "Rumah Tahan Gempa"? Kerana menurut pengusaha industri pembuatan rumah ini, selama berpuluh tahun, walaupun negara Indonesia ini sinonim dengan bencana alam gempa bumi serta angin kencang, tidak terdapat kerosakan yang teruk dan rumah ini masih elok seperti sedia kala. Apa yang lebih menarik perhatianku juga, rumah ini bukan sahaja menjadi pilihan penduduk-penduduk di Indonesia, malahan ia telah mula dieksport ke luar negara contohnya Australia, Arab Saudi, termasuk juga Malaysia. Harganya memang berpatutan dengan kualiti dan keselesaan yang bakal dinikmati, iaitu RM150 000 {saiz kecil} sehingga RM400 000 {saiz besar}, kalau aku tidak silap dengar.
Wah! Aku mula rasa teruja. Rasa mahu ke sana melihat cara pembuatan, rasa mahu menempah barang sebuah, rasa mahu terjun sama buat rumah, macam-macam aku rasa dan apa yang pasti aku memang excited. Tapi dalam rasa-rasa excited ni, aku masih berpijak di bumi yang nyata. Mungkin ia boleh dijadikan impian atau harapan, yang mungkin kalau tidak tercapai pun tidak akan menjatuhkan semangatku untuk hidup. Sebab aku ni lebih suka dahulukan prioriti. Kadang apa yang kita suka itu bukanlah satu keperluan yang penting atau lebih tepat lagi kita masih boleh meneruskan hidup tanpanya. Atau senang cakap, bersyukur dengan apa yang ada. Ah! Sungguh panjang karutan di pagi ni. Ayuh, lihat gambar-gambar di bawah yang aku jumpa di Google Images, "Rumah Tahan Gempa". Menarik bukan?
Nota: Selalunya apa yang aku suka orang lain tidak suka. Mungkin orang lain tidak nampak, tapi ada mutiara yang inginku gali pada 'sebuah/seekor' kerang itu. Yang secara fizikal mungkin kelihatan busuk., tapi tidak sangka mengandungi mutiara yang sangat tinggi nilainya.
6 komenteraksi:
sa sukaa design rumah tu..tapi harga kayu 5xganda jauh lagi mahal dari semen..apa pendapat..!!(patut ka buat rumah mcm ne..pada sa kalau tahan gempa bumi kalau mampu okla! if not bersyukur dengan apa yg ada kannn:)intri nice-nice..hehe s1
sa s0
@Cody@Farid, sa pun suka.. Nyaman bah rumah kayu ni, tenang jak rasa..
Harga tu memang mahal, tapi saya harap sa silap dengar.
Ya, bersyukur dengan apa yang ada ya..
s2
@Alfian J.,
s0 part yang mana tu ya? ihih.
x sangka ada rumah tahan bencana... aku pun nk!! tp x ckup duit! kuangkuangkuanggg
@danieL, alala kumpul duit kita ging. hehe.
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!