Assalamualaikum dan salam mesra sahabat.
Siapa saja yang baca ni aku iktiraf sebagai sahabat. Bertambah lagi saturang kawan kamu kan. Jangan 'status'kan pula pasal anugerah ni ya. hehe
Ni saja mau cerita, sekarang kan kebanyakkan orang mesti ada akaun Facebook. Macam satu kewajiban pula. Kalau tiada, kena ejek pula kononnya ketinggalan zaman. Biasalah, tipikal Malaysia. Ada jak mau kondem. Ni paling patut diubah soal mentaliti ni. Tapi bukan itu yang aku mau cerita.
Aku mau cerita pasal Facebook dan penggunanya a.k.a si pemegang akaun Facebook. Asal jak aku buka Facebook, bertaburanlah status friends aku. Facebook ni sangat terbuka sebenarnya, memang ada privasi tapi masih juga macam tiada privasi. Tapi bukan pasal privasi juga yang aku mau cerita.
Yang sebenarnya aku mau cerita ialah pasal pengguna Facebook yang makin ramai yang mau jadi "Selebriti Facebook". Apa itu "Selebriti Facebook"? Selebriti Facebook yang aku maksudkan ni ialah diorang yang tampil dengan bermacam status di Facebook mereka. Kamu pun faham kan apa yang dimaksudkan. Mahukan perhatian. Inginkan keprihatinan rakan. Begitu juga status macam artis. Ada yang kondem kawan. Kalau geram pula, siap ada yang memaki. Tahap selebriti nda berhenti disitu, ada juga yang suka memuat-naik gambar. Hampir tiap hari. Untuk kaum wanita, berhati-hati muat-naik gambar ya. Lagi-lagi kalau yang nda tutup aurat tu. Si ayah pun turut mendapat dosa kalau nda tutup aurat. Mesti tau juga pasal tu kan. Banyak lagi bah sebenarnya lagak si "Selebriti Facebook" ni. Kamu pun mesti tahu kan.
Facebook ni memang kebaikannya, dan harus dilihat juga keburukannya. Bukan asal ada kebaikan terus abaikan keburukan. Gunakanlah Facebook ni sebaik-baiknya. Jadikan medium untuk niaga untuk mencari pelanggan, menyebarkan ilmu, perkongsian maklumat. Nda salah tu sekali sekala buat status, tapi jaga ayat supaya bersangka baik terus meluas di Facebook.
Aku ukir entri ni sekadar mahu berkongsi buah pikiran. (^^,)
p/s: Harap aku nda kena maki pasal buat entri ni. hehe.
3 komenteraksi:
hehehe! Facebook.. Terpulang kepada kita untuk mencoraknya.. Andai mau corak dia jadi buruk, buruk la ia.. Tapi, saya kagum la sekarang sebab most of my friend suka share2 benda baik/dakwah.. Insyaallah.. Facebook dah semakin bermanfaat sekarang,.. s1
s9 mana says mu utk hari ini? kih3! penat aku menunggu,. jangan kasi jadi aku penunggu bha.. :'P
@mazeermohamad
Hehe. Betul. Corak camtulah yang kita mau. kan. kan. kan..
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!