BOTM Disember: Taman Pertanian Sabah


Assalamu'alaikum dan Salam mesra...

Kepala entri di atas, 'BOTM Disember'. Ya, bulan ini aku sekali lagi tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai BOTM yang dianjurkan oleh pihak WSB. Hadiah kali ini dari penaja jelita, Kak Lina Ramsah yang lemah lembut lagi menawan kalbu, I Love Oldies Boutique, pasti aku mahu. Kehkeh.

Hujung tahun. Sinonim dengan bulan percutian. Terutamanya bulan Disember, walaupun bulan ini juga sinonim dengan bulan tengkujuh. Aku dan keluarga turut tidak melepaskan peluang untuk mengisi hujung tahun dengan menghabiskan masa dan bercuti bersama-sama. 

Kalau tahun sebelum ini aku ke Timur, maka pada tahun ini kami sekeluarga sepakat untuk pergi ke Selatan pula. Tapi perasaanku pada kali ini beda sekali. Kerana aku akan ke tempat indah yang sangat aku suka. Walaupun sudah dua kali aku menjejakkan kaki ke sana, tapi aku belum bertemu dengan kepuasan. Aku akan ke "Taman Pertanian Sabah" yang terletak berhampiran Lagud Seberang, Tenom. Sebut saja nama tempat ini, hatiku terus berlagu riang dan berkejar sesama sendiri berlarian ke sana. Kami bercadang untuk bermalam di sana pada hari rabu, tapi hatiku sudah tiba di tempat kejadian awal sehari daripada yang dirancang, yakni hari selasa.

Apa yang spesel sangat dengan tempat ini sampai hatiku jadi macam itu sekali? Pasti ada yang istimewa kan? Jadi, inilah salah satu sebab aku menyertai BOTM pada kali ini walaupun mungkin isi entri mungkin tidak dapat mematuhi syarat penyertaan sepenuhnya. Kalau sebelum ini aku selalu optimis untuk menang apabila menyertai sesuatu pertandingan, tapi kali ini aku tidak kisah sangat kalau tidak menang pun. Sebab aku kira dengan berkongsi pengalaman dan pengisian yang dapat aku kutip sepanjang percutian tentang tempat istimewa ini, sudah cukup membuatkan aku rasa bahawa akulah pemenang yang sebenarnya. Heh! 

"Taman Pertanian Sabah". Lelah juga aku mencari tentang asal usul atau dengan kata lain sejarah tentang tempat istimewa ini. Tapi sedikit saja  bertemu. Taman Pertanian Sabah merupakan sebahagian daripada 1,500 ekar Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Seberang Tenom yang ditadbir dan dimiliki oleh Jabatan Pertanian Sabah. Ia merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada Stesen Penyelidikan Pertanian, Pusat Pengeluaran Benih Tanaman , Pusat Latihan Peladang dan Taman Pertanian Sabah sendiri.  Taman ini telah dibuka kepada pelawat pada Oktober 2000, dan telah dilancarkan secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac, 2001. Tiada pula disebut tentang asal usul namanya, tapi aku kira taman ini dinamakan "Taman Pertanian Sabah" kerana ia merupakan sebuah taman terbesar di Sabah, yang menempatkan flora dan fauna yang terdapat di Borneo umumnya dan di Sabah khususnya. Tidaklah keseluruhan tumbuhan atau hidupan yang ada di sini, tapi kebanyakan. Bunga Rafflesia? Mana ada.  Yang palsu adalah. Taman ini mempunyai kira-kira 22 buah taman kecil yang mana masing-masing mewakili kumpulan atau spesis tumbuhan mahupun hidupan yang terdapat di sini. Di antaranya:

1.   Taman Hiasan
2.   Pulau Perkelahan
3.   Pulau Pengembaraan
4.   Tasik Melalap
5.   Pulau Burung
6.   Pulau Padas
7.   Tasik Sapong
8.   Taman Haiwan
9.   Taman Bunga Tropika
10. Tasik Rundum
11. Kebun Manggis
12. Taman Aliran
13. Muzium Hidupan Tumbuhan Tanaman
14. Plot Hutan Tropika
15. Pulau Pegalan
16. Kebun Buah-Buahan
17. Kebun Rambutan
18. Taman Evolusi & Adaptasi Tumbuhan
19. Taman Model
20. Taman Anggerik Kacukan
21. Pusat Anggerik Tempatan
22. Pusat Lebah, Projek Pertanian & Agro Perhutanan

Dengan 22 buah taman yang terdapat di dalamnya, rasa-rasa berapakah keluasan sebenar taman indah ini? Luasnya adalah kira--kira 500 ekar! Luas bukan? Jalan di KK dari Wawasan Plaza ke Centre Point pun aku sudah kapus-kapus, ini kan pula mahu menghabiskan keseluruhan bahagian taman dalam masa yang singkat? Aku tidak punya tenaga dan masa yang cukup, tambahan pula adik lelakiku kurang sihat waktu itu. Jadi aku hanya sempat mengunjungi beberapa buah taman yang berhampiran dengan tempat perteduhan kami. Ah! aku akan datang lagi di lain kelapangan. [Monolog dalaman: Bakal suami, kalau kamu memilih tempat ini sebagai lokasi berbulan madu kita nanti, aku sudah cukup bahagia. Kita akan habiskan berjalan dan mengelilingi keseluruh bahagian taman ini berdua, sampai kita sama-sama lelah]. Alamak! Jauhnya berfantasi. Astaghfirullohal'azim...

Aku rasa ini sudah lebih dari panjang. Kalau terlebih panjang nanti disqualified pula oleh pihak juri. Andainya ada yang rasa tertarik untuk berkunjung ke tempat indah ini selepas membaca entri panjang ini, aku sangat merekomenkan pada kalian. Ada beberapa fasiliti yang disediakan oleh pihak taman. Boleh rujuk di sini. Atau boleh berhubung terus dengan pegawai yang pernah berurusan dengan aku tempoh hari, En. Mohd Sabri namanya.

Ini tulisan tangan En. Mohd Sabri. Aku jeles okay.


Akhir kata, aku sangat bahagia saat berada di sini wahai taman. Nantikan semula kedatanganku pada kelapangan yang lain. Permudahkan ya Rabb. Eh sebelum itu, ini gambar aku semasa berada di taman ini, bagi memenuhi syarat penyertaan BOTM Disember. Tidak puas? Ada banyak lagi di sini. Sengaja aku publickan, supaya semua orang boleh menikmati keindahan hidupan ciptaan Allah di muka bumi ini.

Iya, ini aku.


Nota: aku obses kepada bunga-bungaan, mungkin pasal itulah aku ini terlebih jiwang & romantis.

6 komenteraksi:

~NiZa Maksit~ said... [Balas Komen]

aisehmen panjangnya..stat crta psal sjarah taman 2 aku skip sdh ke bwh.kekeke :P pmalas kn aku ~.~
aku ke tmpt tu sdh 2kali. tmpt tu pn sngt2 bsjarah bt aku, best sngt2 p sana, lagi2 kalau brbasikal. yeahhhh :P

Zurina J. said... [Balas Komen]

@~NiZa Maksit~, tahniah anda pembaca pertama..! Tahniah yg tidak terhingga.. Ya, aku pun naik basikal hari tu. Lupa aku mau kasitau, nanti tambah panjang karanganku. Macam betul-betul buat karangan oh aku rasa.. Siuk juga..

Bah, kau bila lagi mau buat BOTM? Pantai Pimping?

s1

Pinung is VizarD said... [Balas Komen]

nda jadiklah aku join..
kompom sudah ko menang ni..mcm artikel utk bagi pelancong baca owh..hahahah..

sahidzan said... [Balas Komen]

gua pernah pergi tempat ni dulu masa study. mmg lawa lah. lawa sampai gua terjatuh dalam satu tasik dalam taman. yanga abtu-batu. nda tau taman apa. ada satu tempat macam dalam gurun, Pokok-pokok kaktus macam-macam spesis. tapi nada tau lah sekarang adakah tiada. hah! penat aku cerita.

Zurina J. said... [Balas Komen]

@Pinung is VizarD, hehe harap-haraplah kawan... Semoga bermanfaat..

s1

Zurina J. said... [Balas Komen]

@PK, okay baiklah.. Kesian lu penat bercerita.. Sampai salah-salah taip lagi tu der. Nanti ada masa datanglah lagi ya. Kita buat trip ke sana. Lumba basikal.. Kalau berani? hehe.

Post a Comment

s1   s2   s3   s4   s5   s6   s7   s8   s9   s0

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!