Kita tak punya apa-apa,
tapi yang pasti kita punya hati yang tak pernah mati.
Jangan biarkan ia layu.
Mana mungkin layu kalau air siramannya adalah cinta.
Cinta dimana-mana.
Atas bawah kiri kanan luar dalam,
Semuanya cinta.
Cerita di Kedai Mamak
Dikarang oleh
silent screamer
Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana
kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang
ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.
Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu". Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan aku.

"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.
"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.
"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."
Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit senyuman di bibirnya.
TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE Wrestlemania.
Fuhh!

Fahri Buat Lagi
Dikarang oleh
silent screamer
Fahri hilang selera makan. Mukanya juga ketat semacam. Dia tidak
seceria selalu. Wajahnya seperti ditimpa masalah. Seperti kebiasaan
suasana sekeliling akan dipenuhi dengan hilai tawa Fahri.
Namun pada hari itu, Fahri berubah menjadi pendiam dan murung.
Aku pula coba memberikan kata perangsang menaikkan semangatnya. "Fahri, kuatkan semangat. Jangan mudah mengalah. Cekalkan diri", antara kata pencetus semangat yang aku lontarkan tanpa putus.
Fahri terberak. Lebih tepat lagi, tercirit dalam seluar.

Pisang Emas Dibawa Berlayar
Dikarang oleh
silent screamer
Betullah si payang ni. Baru dipuji sikit, terus naik kepala. Habis
diredanya alunan besar ombak sehingga memercik air laut ke sut warna
warni aku. Hilang macho terpaksa kelam kabut berselindung atas reaksi
refleks.
Naiklah ke darat, singgah ke gerai menjual pisang. Semua orang tahu khasiat pisang kan. Jadi kawan aku pun bertanya pada peniaga, "pisang emas ada kah?"
Tak semena-mena aku menyampuk. "Eh! Pisang emas bukan dibawa belayar kah?", soalku kehairanan.
Kami saling berpandangan.
Kahkahkah!

Saiful Si Singlet Hitam
Dikarang oleh
silent screamer
Sampai saja ke muka pintu, dia menjeling-jeling ke dalam kamar yang lengang. Lengang dengan jiwa-jiwa yang digenggam kecut oleh ugutan. Dia pun masuk, habis ditendang-tendangnya kerusi dan meja dalam bilik tersebut. Mulutnya memaki, "Sial! Sakit juga. Bodoh punya kerusi, bodoh punya meja.".
"Kau tu yang bodoh. Kau tendang tu benda keras. Ingatkan muka saja yang hodoh, malah bodoh." bisikku dalam hati. Aku memandang saja gelagat celaka dia dari celah jendela sambil tersenyum sinis.
"Hoi! Sini kau." Dia panggil seorang budak di hujung bilik tersebut yang terkedu diam.
Pang!

Subscribe to:
Posts (Atom)