Nani Jaringkan Gol yang Pelik. Apa Pandangan Anda?

Semalam ( 30 Oktober 2010 ) aku menonton bola sepak secara maraton. Memang lama bana aku tgk bola. Mula dari Piala Malaysia yang memikat aku melihat kemeriahan dan prestasi bola sepak Malaysia yang aku anggap bermutu dan berkualiti. Tahniah kepada Kelantan! 

Dah selesai tengok Piala Malaysia, aku sambung tengok Arsenal pastu tukar² channel tengok Chelsea. Pasal kualiti BPL, nda payah cakap memang best. Lepas tu, team faveret aku sepak mula jam 12.30. Manchester United vs Tottenham Hotspur. 45 minit pertama memang dihidangkan dengan aksi yang seronok dan menghiburkan. Akhirnya M.U menang 2-0 tapi yang paling pelik gol kedua jaringan Nani. 


Aku pun hairan tengok gol tu. Bagi aku memang la gol pasal pengadil langsung tidak meniupkan wisel untuk memberikan sepakan percuma. Tapi Gomes tidak peka dengan wisel pengadil dan menganggap mereka diberikan sepakan percuma kerana Nani telah memegang bola. Jadi, bagi kamu, apa sebenarnya situasi ni? Dikira gol atau tidak. Apa pendapat anda?


p/s : Masih terkedu tengok gol yang pelik tu. "Bizzare" kata Harry Redknapp.

Dia Selesema

Lama tak bertemu
lama tak mendengar cerita
buat hati rasa rindu
& ingin pula bersua

Pertemuan dirancang
di sebuah restoran
yang memang top bukan calang-calang
pengunjung pun bukan alang-alang

Dijadikan cerita,
di suatu petang yang indah
aku & temanku bersua
ngam masa tu dia selesema

siok
-siok cerita
"Hachooooo..."
Aduh, bendalir warna hijau miliknya
mengalir & bergantung di atas bahagian bibirnya
oh, tidak ku sangka...
mengapa begini jadinya?

Hahahahaha...
bukan niatku untuk ketawa
dia boleh pula buat selamba?
memang kagum gilalah aku dengan dia...
p/s: Apa mau kisah dengan kata² orang? Be yourself. Tak payah bertopeng², nanti topeng koyak nampak pula calar di muka.


Santai @

Teen Age a.k.a Sang Remaja

 Teenagers dendangan bertenaga darah remaja My Chemical Romance


Hindari tabiat seperti yang ditunjukkan di atas.


Teen age is teenage,
teenage is sensitive,
lively, enthusiastic, and fantastic.

Teenage,
is enjoying life,
gaining freedom,
gathering experience,
and making memories.

Teenage,
is depression,
bad mood,
anger,
tension,
and broken heart.


But most of all,
teenage is an age to remember.


p/s : Remaja sepatutnya pandai sudah menilai baik & buruk.

Permata hati

Aku simpan aku bayang
aku tengok aku pegang
aku rindu aku sayang

Aku lihat aku segar
aku sedih aku tegar
aku ingat aku sabar

Aku menanti
walaupun tak pasti
terus menanti
"Permata hati"...

~ keratan kecil cintaku ~


Coret @

Gurindam Mantan Perwira

Jangkauan Fantasi,
sering dijejaki,
Capaian realiti,
jarang pula dikecapi.
Apa sudah jadi?

Usia menuju tarikh luput
perangai macam pikir pakai lutut
Ish! Mengarut! 
Taubatlah sebelum nyawa dicabut.

Terpikir tentang masa mendatang
rangkaian nostalgia lampau selalu terkenang
dinding memori penuh contengan
bersihkan kepada putih lapang.

Beranjak langkah bukan artinya mengalah
itulah transisi si pengecut menjadi tabah perkasa.


p/s : pisang berbuah berkali²!!!??