Nama & Rupa

Assalamu'alaikum & Salam Mesra...!

Siapa namaku? Zurina. Cuba lihat rupa parasku. Memang sesuai dan padan dengan namaku. Ala-ala kampung kononnya sebab macam nama orang dulu-dulu. Entri ini sengaja aku ringkaskan. Sekadar untuk melihat respon kalian, bahawasanya nama dan rupa paras sebenarnya punya hubung kait yang sangat kuat.

Sebagai contoh, lelaki di bawah ini kita semua kenali sebagai Mahathir Mohamad, seorang pemerintah negara yang berfikiran jauh dan disayangi rakyat. Cuba namanya bukan Mahathir Mohamad, tetapi Anwar Ibrahim. Erk? Macam tidak kena kan. Keh keh sekadar contoh, jangan sensitif.
Semoga Allah memberkatimu - Gambar jumpa dari Google


Nota: Nama timanganku di rumah bermula dengan huruf "D". Heh!

Kekarutan 'Happy Ending'

Assalamu'alaikum & Salam Mesra..!

Kalian selalu menonton filem dan drama? Kalian selalu membaca novel? Kalau selalu mesti kalian perasan, pengakhiran sesebuah filem, drama dan novel selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah-indah belaka atau dipanggil 'Happy Ending'.

Aku susah untuk menerima pengakhiran cerita yang sebegitu rupa kerana dalam kehidupan sebenar aku tidak rasa akan ada pengakhiran yang semuanya indah-indah. Kalau ada yang indah pun pasti ada juga yang tidak indah.

Bukan semua filem, drama dan novel yang aku maksudkan, tapi kebanyakan. Aku ulang, kebanyakan. Sampai ada penonton-penonton dan pembaca-pembaca ni terbayang-bayang dan kepingin untuk punya kehidupan seindah dalam filem, drama dan novel itu. Jangan bermimpi wahai. Hidup tidak selalunya indah. Dalam hidup, kau memberi dan kau menerima. Kadang kau beri benda, kau terima semula benda. Kadang kau beri benda, kau terima pula kasih sayang Tuhan.

Okay, aku sudah mula mengarut. Hidup ini sebenarnya memang indah, tapi tidak seindah dalam wayang dan novel. Nikmati sajalah..!



Nota: 2 hari yang lalu aku cuba membaca sebuah novel. Sampai bab 3, pengenalan watak utama yang serba sempurna kejadiannya. Aku hentikan pembacaan dan tutup rapat novel itu lalu dikembalikan pada empunyanya. Terima kasih!

Rabu Bisu #2 : Jum Pekena Kupi!


"............................~~"

Alahai Torres

Eh! Kenapa dengan penonton ni ketawa terbahak-bahak?
 Oooo, patutlah diorang ni ketawa. Hahaha!

Kreatif kerana Kreatif!

Assalamualaikum~

Inilah yang dikategorikan sebagai kreatif. Ini merupakan salah satu definisi kreatif. Sangat kreatif dengan daya imaginatif yang melampaui batas. Superb!

Klik pada gambar untuk zoom!