'Kering'. Selalu dikaitkan orang dengan keadaan tidak cukup duit, tidak cukup wang. Jadi bagaimana pula dengan keadaan tika banyak duit, banyak wang atau baru menerima durian runtuh? Kita mahu panggil 'Basah'?
Tapi. Bukankah keadaan kering itu baik berbanding keadaan basah? Semasa musim kering, kita mudah ke mana-mana mencari rezeki, melakukan sesuatu pekerjaan. Berbanding musim basah, kita sering bermalas-malasan untuk keluar rumah dan malas untuk melakukan apa-apa pekerjaan.
Ramai orang tidak suka 'kering' tapi sebenarnya kering itu baik dan ramai orang sukakan 'basah' padahal basah itu bisa membuatkannya jauh dari kejayaan. Jadi, kalian suka 'kering' atau 'basah'?
Nota: ... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah: 216]