Memaki untuk Dimaki

Buat si Pemaki
Kau makilah, kelak kau akan dimaki semula
Kau tidak punya hak untuk marah
Hak mu telah hilang

Buat yang Dimaki
Kau diam saja, itu lebih baik
Kau memang punya hak untuk marah atau balas balik
Tapi apa kau dapat?
Kosong.

Memaki untuk Dimaki

Bida' mukanya. Keh keh.
Nota: Jika kau mengaku Muhammad saw itu idolamu, maka ketahuilah memaki itu bukan akhlak Muhammad saw.

Ular dalam Gerombolan Tikus


Kasian dey lo!

Rabu Bisu : Abang

Usia Usah Disia-sia

Walau lama mana pun kau bernafas,
jika kau tidak pernah ingin belajar,
kau tetap si bodoh, si dungu, si bangang.

Walau lama mana pun kau bernafas,
jika tetap juga melakar calar, melukis nista, memuja dosa,
kau tetap si bodoh, si dungu, si bangang.

Jika kurniaan usia menyebelahimu,
kejarlah, capailah, rangkullah segala ilmu yang kau mampu
ilmu datang dari pelbagai arah, sudut, persepsi, dimensi
tapis ilmu bernilai guna akal bijak kurniaan
kalau itu peganganmu, pasti cerah suluhi baki nafasmu.

Sudah Tiba Masanya

Sudah dua minggu lebih
Aku tidak mengukir di sini
Menjenguk pun jarang sekali
Bukan sengaja aku rancang begini
Tapi sengaja Dia rancang begini
ini TAKDIR

Kini
Aku hadir

Sudah tiba masanya
Untuk aku punya cerita sendiri.

Nota: bersambung.